Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

April 12, 2013

Roses Married Picture Quotes

As Salam & Salam Penghulu hari,

Di hari jumaat yang mulia nie..layan je la beberapa gambar roses yang ada quotes pesal kawen k..i love roses!





p/s: dapat 2nd time exam ptd..tp sebab last minit dapat tawu & tempat exam jauh so x pergi la..harap2 la ada rezki lain plak nanti untuk spa..amin..

March 8, 2013

Tak Sangka Masih Boleh Mengundi

As Salam & Salam Penghulu hari,


Sebelum nie mati2 ingat memang dah tak boleh mengundi..masa belajar dulu pernah daftar mengundi dekat kl nie..tapi lepas je daftar mengundi dapat kol yang menyatakan aku ada masalah dengan data peribadi aku..x sure masalah ape tapi if nak mengundi kena daftar semula dekat taiping..postpone punya postpone tak terdaftar sampai sekarang..

Disebabkan problem nie so aku buat donno je pesal pilihanraya..x excited langsung nak mengundi macam orang lain..& seriously x tawu nak undi sape..pape pon undi adalah rahsia..hehe..erm kalau jadi nak mengundi tahun nie terpaksa la aku dengan suami bawak haluan masing2..suami mengundi dekat kl..aku mengundi dekat taiping..

Bukti sah sebagai pengundi

mana2 readers yang belum cek status boleh mengundi ke x macam sy boleh cek dekat url nie:


p/s: Bacaan hari Jumaat yang baik..selamat beramal:
Keutamaan Hari Jumaat & Amalan-amalan yang Disyari'atkan padanya.

January 13, 2012

Jom Bace Tazkirah!

As Salam,

Hari nie dah hari jumaat kan? hihi..esok coootiiii...boleh la jalan2, tido puas2..haa yang ada jemputan walimatulurus tu jangan x pegi if x de aral k..hihi..aku cakap nie sebab ingatkan kat diri sendiri jugak..next week banyak jemputan kawen..ada 2 kenduri dekat area kl nie..terpaksa balek kg sekejap je untuk cooti raye cina..huhu..btw tahniah ye buat semua yang dah sampai seru tuu..

sempena hari jumaat, penghulu hari nie nak share satu website yang sangat berilmiah..rasa ramai dah tawu pesal blog tazkirah nie..100k++ like dekat fb tuu...


suka blog nie sebab layout simple, die punya entry walaupun juz simple2, mesej die tros sampai kepada kita dengan support dari hadis2 yang sohih..then isu2 yang diketengahkan pon dekat betol dengan diri kita contohnye macam entry jangan ungkit, doa kekal hidayah, tutup aib sesama Muslim dan banyak lagi..

Best sangat2 blog nie..cuma satu je suggestion untuk blog nie..kan best kalau ada 'like' button or 'share' button dekat entry2 blog.. bukan apa..senang nak tros share dekat fb..hehe..selalu gak aku share entry dari blog nie..tp kena tekan share dari post blog tazkirah nie dekat fb or copy url.. 

ok readers..dah time untuk rehat bagi yang keje under gomen..nak p rewang2..hihi..
jangan lupa terjah entry terbaru blog tazkirah nie..tabarruj..sesuai sangat untuk kaum2 wanita zaman sekarang..

October 21, 2011

Doa Ringkas Selepas Solat

As Salam & Salam Penghulu Hari,

Doa Ringkas Selepas Solat

 



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


p/s: mari kite menghayati setiap bait2 doa yang kita bace selepas solat..semoga doa kita diperkenankan..amin..pernah dengar..orang yang hanya melakukan solat tapi x berdoa seolah2 sombong dengan Allah..Nauzubillah..

October 14, 2011

doubleA: AkuIslam & AbdullahSharafi

 As Salam & Salam penghulu hari,

Pagi nie seperti biase, masuk2 opis terus on pc, check email n bukak fb [pengakuan berani..hehe]..korang perasan x sekarang semakin ramai yang suka share note2 & website yang berunsur keagamaan & peringatan dekat fb..ada yang share pesal tanggungjawab isteri, cerita tentang kematian, share entry dari blog2 & macam2 lagi..

bila almost semua orang buat macam nie..semakin lama la kite melekat depan pc, mata x berkelip bace artikel yang dikongsi..hari nie sorang membe fb ade share blog islamik yang bagus..ade la aku bace beberapa entry yang buatkan aku cuakk..btol2 menginsafkan..x caye? jom terjah blog nie..

http://akuislam.com/blog/
sweet je header
 erm harap kite amek iktibar daripada perkongsian beliau..insyaAllah~

http://paklahsuperb.blogspot.com/
sharafi tu nama salah sorang adeq aku..hehe

Setelah sekian lame, akhirnya angka 5xx dah berganjak ke angka 6xx..suke2..hehe..kalau dulu dalam seminggu pon dah boleh naek seratus..sejak dah kurang aktif nie lambat sket la nak naeknye..
 
Thanks to en.Abdullah Sharafi a.k.a PakLah yang sudi jadi follower ke 600!! [lame kot x buat entry penghargaan follower macam nie]..nampak macam blogger baru..mari kita support ramai2..klik dekat link dekat atas untuk terjah..hehe

p/s: hari nie hari jumaat..rehat lama..off to chow kitt road!

June 10, 2011

Jangan bersedih..mari bace sini~

As Salam & Selamat hari jumaat~

Hai readers...korang sihat tak? mesti semua happy kan hari nie hari jumaat..esok dah weekend!hehe..esok mesti rmai plan nak pergi kesana kesini, kenduri kendara..jalan sini jalan sana..aku selalau fikir, kan best kalau diterbalikkan keje 2 hari, weekend 5 hari..wa..gile heaven la kan manyak manja macam tu..hehe..

Tak nak merepek lebih-lebih hari nie..just nak letak beberapa kata-kata hikmah a.k.a mutiara kata(femes lagi ke words nie?) hehe..aku curik dari buku yg aku tengah bace..dah lama beli tak habis2..huhu

kecik je buku nie..tapi isi padat n ayat simple~

Tentang kebahagiaan hakiki
"Semua orang,baik yang memiliki istana, mahupun yang memiliki rumah sederhana, pasti menjalani kehidupannya, tapi siapakah yang benar-benar meraih kebahagiaan dalam hidupnya?"

Tentang akhlak terpuji
"Bukan emas pertama yang mempercantikkan anda, melainkan yang mempercantikkan anda adalah akhlak anda dan kekayaan anda adalah etika anda"

Tentang doa orang teraniaya
"Hati-hatilah terhadap doa orang yang dizalimi dan air mata orang yang teraniaya"

Tentang usaha untuk meraih kebahagiaan
"Di setiap tempat, pasti anda temukan kegelapan dalam kehidupan anda. Kewajipan anda hanyalah menyalakan lampu untuk menerangi anda sendiri."

Tentang jangan berputus asa
"Jangan pernah berputus asa, kerana perubahan itu akan terjadi beransur-ansur. Anda akan menghadapi banyak rintangan yang melemahkan semangat, maka jangan biarkan ia menguasai diri anda."

Tentang hidup
"Selidikilah masa lalu dan masa sekarang anda, kerana hidup ini terdiri dari berbagai pengalaman yang berkesinambungan seseorang harus keluar darinya dengan membawa kemenangan"
 
Tentang harta
"Sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup, tetapi bukan bererti kita harus hidup demi harta"
 
Tentang Teman Sejati
"Jangan anda curahkan semua penderitaan anda kecuali hanya pada mereka yang mahu membantu beban anda dengan fikiran dan nasihat mereka yang dapat mendatangkan kebahagiaan bagi diri anda"

Tentang kebahagiaan
"Sesungguhnya kebahagiaan itu ada dalam diri anda. Kerana itu sudah seharusnya anda mengerahkan jerit-payah anda untuk memperbaiki diri sendiri"

--------------------------------------

Huh..penat menaip dari buku..Thanks pada yang sudi baca~

Nak bace tentang Kebenaran Nabi Musa membelah laut?..mari terjah SINI

April 3, 2011

customer alwalys right!

As salam & selamat hari Ahad,

huhu..bukan senang kan rasenye ak nak tulis entry hari weekend lebih2 lagi hari ahad..tapi hari nie teringat ade hari best tuk seseorang..hehehe..happy birthday buat k.kerol..x wish lg dekat fb or even msg..lewat2 sket la..saje..

semalam after makan best dekat kampung baru..aku ngan kawan aku pon bercadang tuk pergi danau kota..kawan aku sebenarnya nak cari cincin berbatu..biase la kan kaum adam nie kan..erm aku pon sambil menyelam minum air.. nak beli sumthing jugak la..

aku target nak beli selendang sebab cam lame je x shopping selendang..jalan punye jalan..las2 aku rase tertarik dengan satu stall tudung nie sebab ade display patung pkai satu selendang nie..nampak smart + kemas je..so aku rase tertarik n ingat nak beli satu..

dalam mase yang same ade sekumpulan girl nie pon tertarik dengan selendg yg aku berkenan tu..diorang try kaler kelabu cerah..so tengok cam cantek aku kate la kat tokey kedai tu yang aku nak yang kaler cam diorang tengah try..

kesian diorang..x sempat nak try btol2 taukey kedai tu mintak dekat diorang selendang tu kate aku nak beli..memang sangat kesian dekat diorang..aku x perasan scene tu kawan aku je yang perasan..cuma yang aku dapat detect de sorang tu siap macam jeling dekat aku mase diorang nak berlalu dari situ..n dalam hati aku pon macam pelik..

las2 aku bukan beli pon yang kaler kelabu cerah tu ..aku beli yang kaler hitam + kelabu..buat penat tokey tu mintak dekat budak2 pompuan tu..n diorang pon cam nak beli sangat dh..tros tawar hati..kcian kat diorang..moral of the story dekat cnie..peniaga nie kena la bijak mencari keuntungan n dalam masa yang sama  menjaga hati customer2 jugak..huhu

lets shopping to make u right..hehehe



February 11, 2011

sedihnya bace..huhuhu~

Di hari jumaat yg mulia & penuh keberkatan nie..nak share sumthing yg ak bace..sangat menyentuh perasaan  dan juga buat renungan sahabat2..boleh bace dekat cnie-->Ya Allah sudilah pandang kami...

Ya Allah berikan aku petunjukMu....