Showing posts with label hazmihadif. Show all posts
Showing posts with label hazmihadif. Show all posts

March 8, 2016

Sambutan Birthday Hadif yang ke 2 Tahun! Tema Didi & Friends

Assalamualaikum,

Sekejap je bulan Mac dah menjengah tiba..so debaran nak bersalin pun mula terasa..ikut due 27hb ni bersalin..tak nak fikir bukan-bukan pasal nak bersalin ni..doakan ye agar dipermudahkan..Hari ni Hadif cukup umur 2 tahun 1 bulan..seminggu lebih mengarang entri ni..hari ni baru berkesempatan nak up kan entry ni =p


Idea nak buat majlis


Sebenarnya dari umur Hadif setahun dah plan nak buat birthday party ni..tapi masa tu opah dengan mak pak sedara nya pergi umrah..kira tak cukup korum, tahun ni baru dapat nak buat majlis ni..Birthday Hadif jatuh pada 1st day tahun baru cina 8 hb hari isnin..tapi sebab masa tu dekat kampung mama & bukan weekend, so postpone ke hari sabtu minggu tu, 13hb feb..tu pun kira tak cukup korum jugak sebab mak pak sedara belah mama kira adik-adik aku yang duduk area kl ni masih  tak balik dari kg lagi..diorang cuti seminggu kan raya cina hari tu..tapi nasib baik la dah celebrate jugak dekat kg..Alhamdulillah rezeki bisness suami pun bertambah baik so kitorang pun proceed dengan birthday party Hadif yang ke-2 tahun ni..

Tema Majlis


Buat masa ni Hadif memang giler dengan kartun lagu kanak-kanak didi & friends..pantang offer tengok dekat hp & bila keluar dekat tv (astro ceria) terjoget-joget die..hihi..kitorang pun panggil Hadif dengan panggilan manja nama seakan-akan bunyi didi..kira macam kena la tema ni dengan die..cuma tak dapat la nak prepare semua item macam doorgift ke,sticker ke, t-shirt ke sebab kartun didi & friends ni tak meluas lagi orang buat bisness macam upin & ipin..Yang dapat kitorang prepare untuk menghidupkan tema tu dengan tempah banner..lepas tu buat 'TQ' tag yang print atas kertas A4 je untuk stapler dekat doorgift..selain tu jugak kitorang beli belon berwarna-warni yang ton kaler ikut tema didi & friends..last but not least buat kek tema didi & friends..kek ni khas disponsor oleh mak sedara hadif..siap ade patung-patung main bola lagi sebab bola pun fevret Hadif =)

detect tone kaler guna aplikasi online..lupa dah website mana


Simple decoration untuk doorgift yang dalam die ada air kotak & jajan-jajan sikit

Menu makanan


Alhamdulillah sekali lagi sebab majlis birthday dekat rumah opah ni berjalan lancar sebab dah ada tukang masak khas..salah sorang mak sedara Hadif memang dah selalu masak banyak2 & sedap..boleh dikatakan hampir setiap tahun mesti ada majlis rumah terbuka die buat..kira memang dah biasa la dengan buat makan-makan macam ni.. masa nak pilih date & jemput orang hari tu pun kena tunggu dulu cuti die approve baru boleh jemput sebab orang yang tersangat penting kan..x de kak ipar aku tu tak de la berjalan majlis tuu..hihi..cuma nak kena topup sikit2 makanan macam kuih..x sempat la semua kak ipar aku tu nak buat..Antara menu yang disediakan masa majlis sambutan birthday hadif hari tu..bihun sup, nasi impit kuah kacang, pulut kuning, daging dendeng, rojak, fries, nugget, sosej, kuih karipap, popia, kasuwi, cheese tart, air sirap & kek birthday (menu makan petang).. kali ni tak dapat nak buat candy buffet ke ape sebab masa terhad..tak sempat nak plan pun..balik dari kg. hari selasa then rabu sampai jumaat keje..sabtu dah majlis..terkilan tak sempat snap gambar makanan..member punya suami siap berapa kali bertambah2..kira ok la makanan hari tu..


Kek birthday Hadif 

Tema Baju sedondon kami 3 beranak


Tak terfikir pun nak pakai baju kaler peach hari tu..sebab cari baju tuan birthday dulu yang berkenan warna peach..so kitorang mama papa die follow je la kaler tu..baju aku dengan Hadif senang je nak cari..tapi baju papa die..bukan main susah lagi..tak tahu la sebab cari dekat aeon taiping, dekat kg. so tak banyak pilihan..kaler peach untuk lelaki pulak tu kan..agaknya memang kurang pilihan..lastly jumpa jugak yang berkenan di hati papa..

keluarga kecil kami <3 td="">


Idea decoration Birthday Hadif yang ke-2 tahun


Boleh dikatakan idea nak deco-deco ni datang secara spontan.. tempahan banner tu memang betul2 menaikkan suasana majlis tu.. asalnya aku design sendiri guna aplikasi online pixlr..tapi bila bawa copy ke kedai printing diorang cakap gambar pecah/tak sharp so diorang suggest untuk design semula..add on cost rm30 untuk design semula..memang terkilan sikit tak guna design yang aku buat sendiri tu..tapi nasib baik la boleh guna jugak design tu untuk TQ tag doorgift dengan edible image yang letak atas kek tu =) Decorasi belon plak semangat aku dengan suami tengok youtube pagi-pagi..tengok tutorial macam mana nak gabungkan belon-belon dengan cara yang mudah..Alhamdulillah menjadi juga plan tu..asalnya nak minta tolong semua sedara mara yang ada untuk tiup belon.. aku tak termasuklah sebab dah kira sarat mengandung kan..kalau tiup-tiup terbersalin apa pun tak dapat..hihi..lastly suami pergi beli alat untuk tiup belon tu..senang kerja..bukan mahal pun dalam 2 ringgit macam tu je alat tu.

Kain latar warna biru muda tu sebenarnya kain deco-deco masa akikah hadif 8 bulan dulu.. nasib baik mertua ingatkan tentang kain tu..so recycle balik guna kain tu untuk majlis hadif kali ni..tapi yang kelakar bila dah deko-deko tangkap gambar ade sedara tanya kenapa tak iron kain tu..nampak kedut2 kesan lipatan..ade terfikir tapi macam leceh je nak iron kain panjang2 macam tu =) 

Ada jugak plan nak buat bunga tisu untuk tambah dekorasi tapi tak sempat..barang-barang nak buat bunga tu dah ada..cuma tinggal nak buat je..tapi sampai ke sudah tak sempat nak buat..tak pe lah simpan idea tu untuk next birthday or insya Allah birthday adik Hadif plak nanti..



Tetamu Majlis


Target jemputan dalam 150 orang..tapi rasa tak sampai banyak tu yang datang..tengah musim-musim cuti sekolah kan..ramai yang tak balik lagi dari bercuti dekat kg. macam adik-adik aku tu..tapi majlis tetap diteruskan dengan kehadiran jiran tetangga, sedara mara & kawan-kawan.. Alhamdulillah dapat jumpa beberapa kawan lama & kawan baik masa zaman belajar dulu..disebabkan kehadiran kawan-kawan aku ni ralit asyik bersembang terasa kejap je masa tup-tup dah malam..hihi..

Alhamdulillah jugak tak banyak sangat makanan yang berlebih.. mungkin sebab kak ipar aku memang dah berpengalaman buat majlis makan-makan macam ni.. so tak ada la kes membazir..yang lebih-lebih tu sedara mara pakat tapaw bawak balik..

Secara overall aku & suami berpuas hati dengan majlis sambutan hari lahir Hadif yang ke-2 tahun ni..sempat rakam video masa Hadif potong kek & semua nyanyi2 dekat die..muka die macam terpinga-pinga je..ye la 1st timer sambut birthday ramai-ramai..hehe..Insya Allah kalau ada rezeki lagi tahun depan boleh buat macam ni lagi =)

Hadif dah comot-comot time ni, masa ni dah lewat petang dah.. Bergambar dengan best friend ni aktiviti wajib kalau berjumpa =)

February 24, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: TTC & Hadif

Assalamualaikum

Akhirnya sampailah ke entry terakhir 20 tentang Hazmi Hadif..tengah buat entry pasal si kecik ni mula la teringat dekat dia..hari ini super extra rindu sebab dah spent 5 hari penuh bercuti..hari ni masuk kerja dah..ntah macam mana budak kecik tu..aku yang mama die pun dah macam "babysick"..betul la term ni kan sebab kalau duduk asrama rindu rumah "homesick".huhuhu..selalu time rehat akan pergi jenguk die..ni kalau opismate bawak moto yang pakai starter tu la (x reti start moto guna kaki)..hari ni die mc plak..ni yang terasa nak beli moto sebijik ni..huhu..korang dengarkan je la luahan hati seorang mama yang merindu ni k..

back to the point.. nak dapat sorang si kecik hadif ni pun aku ber'ttc' jugak taw..ttc tu maksudnya 'try to conceive'..macam2 usaha aku buat walaupun kalau ada yang rasa macam sekejap tempoh 5 bulan lepas kawin baru pregnant tu..tapi susah payah berusaha tu memang tak akan lupa..

1st of all adalah niat..lepas kawin je memang dah niat nak baby cepat..tak de langsung niat nak berhoneymoon dulu ke..nak cari keje tetap ke..memang bulat hati nak baby..so start lepas kawin je memang terus berusaha..lepas tu kena jaga permakanan..lepas kawin aku makan benda2 yang berkhasiat je..tak de minum minuman bercafein, tak makan fast food, tak makan asam jeruk semua tu..korang bayangkan la aku ni gila kopi memang seksa pagi2 tahan ngantuk tak minum kopi..fast food plak bila lalu je kfc, mcd pizza semua tu bila lama sangat tak makan mula la teringat2..

Then usaha suami isteri..ni korang boleh google la entry lain ye..tak reti nak cerita macam mana..Part yang agak miracle bila aku mula amalkan doa nabi Zakaria..tak sampai sebulan dah pregnant..Alhamdulillah =)..



Rasa tak pernah cerita dekat sesiapa selain suami je tahu yang pernah pergi hospital ingat confirm dah pregnant..sebab pernah baca yang pregnancy test kalau ade sikit2 bayang2 pun kira dah pregnant..excited pergi hospital test sekali lagi tengok2 negatif..sedih woo..kenangan sungguh bila teringat usaha keras nak dapatkan si Hazmi Hadif ni..lagi terasa bila lepas kawin period asyik lambat je..kadang2 lambat nak dekat 2 bulan tu yang rasa macam pregnant tu..& setiap kali test sebelum nak dapat hadif ni hasilnya negatif je..Apps dekat phone asyik menatap je sebab berkira-kira bila la hari subur untuk bersama suami untuk dapatkan baby..

Supplimen yang aku pernah ambil masa berusaha tu air jus delima gulsan..mungkin jus ni jugak ada membantu dari segi kesuburan..yang aku ingat nak masuk bulan ke6 usia perkahwinan kami..aku mula dah tak mau tension2 fikir nak baby..gulsan ni pun dah stop minum..cuma aku amalkan pemakanan sihat, fikir positif, berdoa terus menerus..Alhamdulillah tepat monthsary perkahwinan ke6 buat pregnancy test Alhamdulillah pregnat..syukur Ya Allah..

tak percaya sampai 2x test..

Sekarang dikelilingi adik, ipar duai, saudara mara & sahabat yang masih ber'ttc'..if korang ada baca entry ni teruskan berusaha & yakin dengan rezeki Allah..mungkin rezeki korang ada tempat lain or rezeki baby otw..jangan putus harapan..pernah rasa ape yang korang rasa walaupun dalam tempoh sekejap.huhu

February 18, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Perkembangan Hadif sebelum setahun

Assalamualaikum

Hari ni seumpama jumaat..ni kes tak sabar nak bercuti la ni..hehe..insya Allah malam malam ni nak balik kg..rindu sangat2 dekat emak ayah & adik beradik dekat kg..semoga perjalanan malam ni selamat & dipermudahkan..harap jugak kurang jem..aminn..

Hari ni nak cerita tentang perkembangan hadif sebelum menginjak usia 1 tahun ni..untuk 1st achievement adalah senyum..hadif start senyum masa umur sebulan lebih..masa ni perasan tak perasan je..mula2 hadif senyum dekat makpah die..sebab mak aku pandai agah..hihi..dah masuk 2 bulan makin terserlah senyuman die..

Then meniarap..hadif betul2 meniarap masa umur dia 5 bulan..masa 3 bulan dah nampak die punya minat nak meniarap tu..hehe..masa mula2 nampak die asyik nak cuba meniarap ni rasa nak tolong je die untuk meniarap..tapi opahnya tak bagi dia kata biar usaha sendiri..

Lepas masuk 6 bulan & 7 bulan hadif asyik gian nak meniarap & berpusing2..ni la cara die nak bergerak..walaupun tak kedepan lagi means menjulur or merangkak tapi time ni hadif dah nampak lasaknya..masa tidur malam dekat kanan katil esoknya dah dekat kiri katil dah..dari elok2 tengah ruang tamu tengok2 dah nak dekat pintu dah..ni la hasil die berpusing2 tu..

Bila masuk 8 bulan time ni die dah start menjulur ke depan..huh lap peluh lah sejak die boleh menjulur ni memang laju je die kalau nak pergi dekat sesuatu tempat tu..kalau rumah sewa ni dia suka pergi dapur..kalau ade mama ke papa die mandi ke depan bilik air la die..perkembangan menjulur ni agak lama..seminggu sebelum setahun ni baru dia start berdiri..agaknya die selesa bergerak dengan menjulur je..hehe..merangkak ade jugak tapi ikut mood dia la tu pun tak lama..

Sejak hadif semakin lasak ni nampak la die dah susut sikit..tapi Alhamdulillah la check up setahun hari tu semua naik berat & tinggi, bmi pun normal..pasal perkembangan intelektual plak masa hadif 10 bulan lebih mcm tu..hadif bila tanya kedudukan sesuatu tempat contohnya gambar mama papanya die akan tengok tempat gambar tu..tapi guna pandangan la..sama macam dekat nursery tanya mana ayam die tengok gambar ayam..hehe

Hadif kan kategori susah makan..tapi bila umur die nak masuk 11 bulan ni die dah pandai nak makan dah..pantang bila tengok fries..nangis sebab nak kan fries tu..bila bagi elok senyap duduk makan..bila fries tu habis die nangis nak lagi..alhamdulillah sebab risau hadif tak nak makan sampai ke besar..lepas ni boleh la pelbagaikan masakan untuk die..hihi


February 16, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: luruh tali pusat hari ke-5

Assalamualaikum,

Selamat bersua lagi setelah berhari2 tak update blog..ktorg 3 beranak baru baik dr demam batuk selesema..huhu..alhamdulillah..nasib baik hadif dihinggapi batuk & selesema sikit je..kalau sampai demam haru biru jadinya dh semua tak sihat =p..hari ni nak up entry yang simple2 je..

Aku kira tak berkesempatan lagi nak handle tali pusat anak..means yang nak kena cuci2 & letak ubat dekat tali pusat tu..sebabnya hadif masa hari ke5 dah luruh tali pusat..masa tu kan mak aku yang masih handle baby...bila aku dah tak berapa sakit dekat jahitan bawah & dah selesa duduk baru la dapat nak handle anak sendiri..

Mak aku cakap kalau baby gugur cepat tali pusat maknanya tak degil..budaknya dengar kata..harap2 betul la macam tu..tapi sekarang hadif tak pandai dengar kate lagi..bila kata "no" jegil mata sume tu..die sengih je..lagi2 bila die menyulur g dapur..lagi di tegur lagi laju la die nak ke dapur tu..tapi kalau panggil die ade jugak menoleh lepas tu sambung nyulur..geram je bila ingatkan pesal budak ni..hehe

Tali pusat hadif tu masih ada dalam simpanan aku..plan nanti nak tanam je..ade orang2 tua suruh simpan sebab nak buat ubat kembung perut la..nak simpan sekali ngan tali pusat adik beradik yang lain supaya tak bergaduh la..macam2 kepercayaan tentang tali pusat bayi ni kan...tak nak percaya diorang lebih berpengalaman..so korang decide la sendiri k =p

February 10, 2015

Happy 1st Birthday anak ku Muhamad Hazmi Hadif!!

Assalamualaikum,

Dek kerana kesibukan weekend lepas menghantar mak mertua & kakak ipar p umrah & hal2 lain..x dapat la nak completekan 20 tentang Hazmi Hadif..masih berbaki 4 entry..insya Allah bakal bersambung selepas entry ini..(fefeling ramai yang menanti entry =p)..Alhamdulillah Hazmi Hadif dah pun cukup setahun..syukur Ya Allah atas amanah teragung kepada hambamu ini..

Untuk tahun pertama ni tak ada majlis sambutan hari jadi untuk Hadif..x cukup korum nak buat majlis kan sebab opahnya & mak pak sedaranya p umrah..nak pospone date lain plak x de date yang sesuai dengan nak cuti balik kg lagi next week..so redho je la tahun ni x de pape celebration..hanya celebration kami bertiga sahaja..lagipun rasa tahun2 pertama ni mama papa hadif je la yang excited birthday hadif ni..hadif macam tu jugak main & main, nyusu, tidur, nangis macam tak ada pape yang berlaku..hehe

Hari birthday hadif dimulai dengan peluk cium & kata2 sayang dari mama papanya..sampai rimas budak tu dikerjakan kitorang..hehe.. Ni pagi2 8hb la..kalau diikutkan hadif lahir pepagi buta jam 3.09am..x daya nak celebrate time2 tuu..pengsan habis kami ber3..pagi tu kami still ada dekat rumah pantai dalam..lepas tu bersiap balik rumah & dari rumah bersiap pulak nak ke one utama..

Kira hari ahad tu shopping barang hadif je la sempena birthday die..mula2 ingat nak beli baju..tapi x jumpa yang berkenan..lagipun dalam kepala aku ni ingat nak beli mainan yang boleh berdiri tolak tu untuk encourage hadif untuk berjalan..dia kan dah pandai berdiri ni..so tak lama dah nak berjalan plak..x kisah la hadif jalan cepat ke lambat..yang penting setiap bulan ada perkembangan baru..tengok dalam buku biru klinik tu pun berjalan dalam 1 tahun 6 bulan..so masih ada masa lagi =)

Hadif dapat topi baru beli dekat h&m.. Harga topi tu x de la mahal sangat.. Smart plak tu..suami la beriya nak beli..kira nak sama macam dia pakai topi jugak..tapi budak kecik ni kalau dia tak perasan boleh la nak pakaikan dia topi..kalau dia perasan memang dilemparnya..hihi

Lepas tu otw balik rumah singgah kedai kek king dekat kompleks sungai buloh..dekat situ ada satu je pilihan kek yang comel2 sikit..so no choice beli yang tu je la..balik rumah goreng2 nugget, fries & sosej buat air so cukup la simple2 menu untuk celebrate birthday Hadif..

Yang mainan tu kitorang beli jugak untuk hadif sebagai hadiah..yang slak sikit kena pasang sendiri plak..siap kena letak sticker sendiri lagi tu..hehe..pasang punya pasang letak hadif atas tu tengok2 tak sampai kaki lagi..kelakar je..x pe la kereta tu boleh main lama..hadif bila diletakkan dekat seat kereta tu & tekan button2 lagu yang ada happy je dia..happy tengok hadif senyum..ini la cerita 1st birthday hadif =)


hadif dengan kereta barunya =)

February 7, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hadif & Maharajalawak Mega Akhir

Assalamualaikum

Bersiaran lagi dari pantai dalam..tidur rumah mak mertua sebab esok nak hantar mak, kakak ipar & suami pergi klia nak buat umrah..tengok semua pakat2 buat umrah agaknya bila la rezki untuk diri sendiri plak ye..tapi sebelum fikir diri sendiri teringat dekat mak ayah yang belum sampai sana lagi..insya Allah kalau dah dijemput ilahi pasti akan ke sana jugak..

Tengah update blog ni sambil tengok maharajalawak mega akhir..ingat lagi tahun lepas sanggup nak tengok rancangan ni sampai doa2 tak bersalin hazmi hadif malam tu..tup2 kena tahan wad jugak sebab air ketuban dah kurang..part yang agak kelakar sampai sekarang aku tak dapat nak tengok full ulangan akhir maharaja lawak mega 2013.

Walaupun hanya sebuah rancangan..tapi bila tengok final mlm ni terus teringat kenangan setahun yang lepas.. Kenangan melahirkan Hazmi Hadif..Cuma nak cakap sikit la yang tahun ni macam dah kureng sikit mlm ni..x kelakar sgt dh..boleh la zero menang sebab diorang boleh tahan kelakar semalam..

February 5, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Demam & Tumbuh gigi

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita tentang hadif demam & tumbuh gg..Alhamdulillah sampai umur Hadif 6 bulan dia tak pernah dapat demam yang lama..demam tu ada jugak tapi hanya sehari dua macam tu lepas tu dah ok..lepas je umur die dalam 7 bulan macam hadif dah mula demam lama2..paling lama dalam 5 hari..huhu..time ni memang mata panda la tak cukup tidur jaga anak tak sihat..

Sejak umur Hadif 7 bulan tu la setiap bulan dia akan demam..smpai the worst case kena warded..masuk 10 bulan baru la boleh berlapang dada sikit sebab Hadif tak demam dalam satu bulan tu..tapi semua pun cakap demam hadif ni sebab nak beralih bulan..demam nak dapat akal la..mungkin ada betulnya..sebab masa bulan2 yang asyik demam tu hadif macam tak banyak perkembangan..bila dia baik demam je baru la nampak perkembangan2 baru..hihi

Mungkin jugak hadif asyik demam sebab nak tumbuh gigi..hehe.. Ye la sejak gigi die yang 1st tumbuh dia dah jarang demam dah..masa tu ada member cakap mungkin gg hadif rapat2 sebab tu asyik demam bila nak tumbuh gigi ni..gigi hadif yang 1st tumbuh masa umur dia 10 bulan++..kelakar bila 1st time dapat tawu pun bila dia minum air masak guna cawan kaca bunyi macam gigi berlaga dengan cawan tu.. Si kecik ni memang suka minum air masak guna cawan..pantang tengok mama papanya minum =)

Sekarang gigi hadif nak masuk 4 dah..2 bawah & 2 atas..yang belah atas tu tak tumbuh habis lagi..baru separuh..masa awal2 tumbuh gigi tu mak aku pelik gigi hadif tumbuh sebatang dulu dekat bawah tu sedangkan selalu baby tumbuh sepasang terus..sengih nampak sebatang je gigi..hehe

February 3, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Cara tidur & Posisi tidur

Assalamualaikum

Si kecik Hadif dah tidur so nak curi masa sikit untuk update blog..Hari ni entry tentang cara & posisi tidur Hadif..Alhamdulillah bila usia Hadif nak masuk setahun ni senang jugak die nak tidur..tapi ni kalau nak tidur dengan aku la nyusu badan kan..bagi nyusu sikit terus tidur lebih2 lagi kalau die dah penat bermain..

Part yang aku agak kecewa sikit dengan nurseri yang aku hantar hadif ni diorang bagi tidur hadif guna buai..mula2 tawu tu macam rasa menyirap jugak darah ni..terkejut pun ada..dah cakap kanhadif tak tidur buai..tp nak buat macam mana..kalau dengan aku pun susah nak tidur nak harap nyusu badan je..kalau epok2 tu x de nya nak jalan..aku tengok hadif dekat rumah ok je siang & malam senang tidur so aku relakan kerana terpaksa je la hadif naik buaian dekat nurseri..

Dulu pernah terbaca  dekat tenet ke kat mana ntah baby or budak bawah 2 tahun elok tidur tak pakai bantal..sebabnya tak bagi budak tu esok besar takut jalan bongkok..so aku praktikkan untuk hadif..sebab dulu dia payah nak tidur lama..try tak bagi bantal elok tidur lama..tapi sekarang dah terbalik..hadif macam cepat lena kalau letak atas bantal..ikut je la kehendak sikecik sorang ni..
Hadif sekarang tidur dah tak lasak..jenis tidur setempat ikut mama & papanya..kalau mula2 dulu dia pandai meniarap lasak la jugak..mama dari tidur hujung sebelah kanan esoknya dah tidur hujung sebelah kiri..dalam tidur pun ko meniarap pusing2 ye anak..hihi..Alhamdulillah hadif tak pernah jatuh katil.. ye la masa dia dah pandai menjulur kitorang dah letak tilam tidur dekat bawah..safety first..hehe..tilam pun sekarang Hadif dah relax turun naik..so x de la rase risau sangat..

P/s: ade teacher dekat nursery hadif cakap tak elok tangkap gambar orang tidur..ntah knape..so tak de la gambar hadif tuk entry ni ye..

February 2, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hadif cucu sulung lelaki dalam keluarga

Assalamualaikum..

Welcome februari..bulan birthday mama & Hadif!!.. Tak sampai seminggu nak celebrate birthday budak kecik sorang ni..untuk tahun ni hadif mungkin tak memahami tentang birthday semua ni..tapi kita celebrate je la kan walaupun insyaAllah celebrate bertiga je..kenangan tuu setahun yang lepas macam mana pengalaman 1st time bersalin & membesarkan hadif dari tak pandai apa2 sampai dah nak berjalan dah ni...hihi

Ada beberapa lagi entry sebelum sampai ke hari birthday Hadif ni..so hari ni nak update entry yang ada kaitan dengan salasilah keluarga sikit..Hadif dalam family belah mama & papa merupakan cucu sulung lelaki..mesti excited opah kl, mak pah dengan atok kan semua pakat dah ada sepasang cucu..

Disebabkan hadif tinggal dekat dengan sepupu dia yang anak abang suami..rasanya dia akan rapat dengan sepupu dia yang nama Dhia Hana Delisha ni la..rasa dah jadi teman sepermainan sebab selalu jumpa..berbeza dengan yang dekat kg. Anak abang aku nama Nur Qaseh Qalesya (nama anak zaman sekarang terbelit lidah nak sebut..hihi) ..jarang jumpa so tak tahu la nanti kalau jumpa diorang bermain macam mana..hehe..kesian jugak kat hadif kan..cepat la Dhia or Qaseh dapat adik boboi pulak boleh la Hadif dapat geng..just kidding =p 

hadif & Qaseh bersama opah dengan atok taiping

January 31, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hadif kena marah dengan mama =p

Assalamualaikum

Bersiaran dari kampung "pantai dalam" kl..kampung la sangat kan..terbalik sudah..mak mertua duduk kl..kte pulak duduk dekat kampung.. Area kuala selangor, sg.buloh ni dikira kampung la kan sebab masih banyak hutan.. =p

Ok malam ni nak cerita sikit tentang pertama kali hazmi hadif kena marah dengan mamanye & die macam faham.. cerita ni ada sensored sikit..semua reader blog ni mesti tawu kan yang aku masih full breastfeeding hadif..so bila hadif dah ada gg ni dia dah mula la dengan habit menggigit pu****..huhu..untuk gg dia yang baru ada sebatang dua ni tak de la sakit sangat..tapi kalau kerap jadi geram la kat dia..

Ada satu minggu tu weekend sejak hari jumaat sampai sabtu malam keje dia asyik nak menggeget je..masa geget tak la rasa sakit..tapi lepas tu baru terasa sakitnya (ibu yang menyusukan anak mesti faham kan sakitnya macam mana) so sabtu malam tu mama sudah hilang sabar, ada marah sikit dekat dia & terus tinggalkan dia sekejap untuk cool down..agaknya masa tu dia lapo kot so die terus nangis masa aku tinggalkan dia..lepas tu start bagi susu sampai siang tadi dah tak menggeget..ada la dalam berminggu2 bertahan rekod tu..macam faham je yang sebelum tu dia kena marah..

Pernah sembang dengan seorang makcik dekat nursery hadif..dia kata kalau anak suka gigit pu****..kepit je hidung dia sekejap..confirm dia lepaskan gigitan tu..ye la dia nak bernafas kan..bunyik macam kejam..tapi kalau fikir logik jugak dari kita tertampar anak sebab sakit kena geget kan..

Bad news sebab hadif kembali dengan habit dera mama ni..mungkin sebab dia gatal gusi kot sebab gg atas dah nak tumbuh..dah keluar sikit dah..hihi..macam nak kena marah lagi ni..ok good nite readers..sleep tight sweet dream enjoy ur weekend =)

hadif masa 6 bulan..scaryy mama dia nak mintak adik =p

January 30, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Suka dengar azan & main bola

Assalamualaikum

Hari ni nak update entry laju2 sebab agak busy dekat opis ni.. Entry hari ni tentang kegemaran Hazmi Hadif..Alhamdulillah Hadif suka dengar azan dekat tv..kalau masa maghrib azan dekat tv..die akan stop main and mata tak berkelip tengok azan tu sampai habis..harap2 ni la petanda dia akan jadi anak soleh..insya Allah..

Selain azan iklan fevret Hadif yang iklan maggi sedap krez krez ayam rangup tu..kan rancak semacam iklan tu..sama la macam azan dia akan tengok tak berkelip mata..

Kegemaran hadif selain tolong mama mop lantai (mengesot) adalah bermain bola! Hihi..ni part yang agak pelik sebab masa umur hadif dalam 3 ke 4 bulan macam tu dia dah pandai tendang bola..kalau dirikan dia & letak bola kat depan dia mesti dia sepak punya..semua saudara belah suami pelik sebab bapaknya kaki bangku..hihi..

Hadif memang suka bola..kalau dia tak main pun tengok orang main pun dia akan ketawa terbahak2..pe la yang lucu sangat tengok orang main bola..hai la anak..miss u la syg..hari ni mama balik awal sikit..x saba nak spend weekend dengan hadif & papanye..

mulut and lidah macam tu sebab gatal gusi sangat nak tumbuh gigi atas =)

January 29, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hari ni Hadif dah setahun ikut kalendar Hijrah =)

Assalamualaikum..

Hari ni 29 Januari 2015 bersamaan 8 rabiulakhir 1436 hijrah kan?ni tengok dekat kalendar.. Pelik sebab app solat dekat phone lain pulak jadi 9 rabiulakhir..tak kisah la hari ni or semalam budak kecik sorang ni dah cukup setahun kalau ikut kalendar hijrah..wah betapa pantasnya masa & sikecik membesar..

Tak banyak beza pun date kalendar hijrah ngan kalendar masihi untuk tahun pertama ye..kalau kira sendiri punya date birthday ada tua setahun tu ikut kalendar hijrah..hehe..tak percaya korang try la sendiri dekat link NI

Kalau ikut kalendar hijrah ni hadif dah boleh makan macam2 la ye..no more blended food..tapi kena perhatikan jugak takut tercekik.. Alhamdulillah lately dia macam ada selera nak makan tapi sikit2 je la..macam hari tu dekat kedai makan..dia macam cranky semacam..bagi fries elok diam and makan..good boy..sebelum ni bawak kedai makan ok je duduk dekat kerusi baby tu bagi benda2 dia boleh main..sekarang dia dah pandai nak makan jugak..hehe

Celebration untuk birthday hari ni? X ada pape la kot..just wish dekat dia (walaupun x cerdik lagi nak faham semua ni)..peluk cium ketat2 la..tak dilupakan jugak doa yang tak putus2 dari mama semoga membesar dengan sihat menjadi anak soleh & bijaksana..aminn..korang yang baca entry ni please doakan sama ye..

Nak cerita pasal perkembangan Hadif tunggu setahun ikut kalendar masihi ye..

January 28, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Baby suka senyum

Assalamualaikum

Mesti ada yang pelik kan kenapa 20 tentang Hazmi Hadif?..kenapa tak 10 ke atau lain2 angka..walaupun date birthday aku 20hb tapi ni pun bukan sebabnya.. Sebab die satu je..tengah kira2 berapa hari lagi nak ke birthday Hadif yang 1st..tengok2 ada lagi 20 hari..terus come out dengan idea untuk entry2 ni..so menghadap la korang 20 hari dengan entry2 tentang Hazmi Hadif ni ye =p

Ok back to the poin..Hadif masa  baby memang sentiasa murah dengan senyuman..sampai ade sorang budak..kire pangkat cucu aku (cucu suami sebab mak die anak buah suami)tanya mama die "mama ni baby yang suka senyum tu kan?" Budak tu cakap macam tu bila tengok gambar hadif dekat fb.budak tak pandai berbohong tau.. Hadif memang suka senyum sampai dalam tidur pun tersenyum..apa la yang dimimpikan..hihi

Hadif akan jadi tak ceria kalau tak sihat..standard la kan budak2.. Masa dia tak sihat rasa rindu je dengan senyuman & gelak tawa die..hehe.Alhamdulillah semakin nak membesar ni dah kurang kerap demamnya..terus jadi insan ceria ye anakku =)

January 26, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Kecederaan Kecil

Assalamualaikum

Waaa hari ini hari isnin..pagi pulak tu kan(taip entry ni dari pagi tadi)..memang terasa lemau semacam la..Hadif pun pagi2 tadi macam merengek je masa bangun tidur..macam tawu2 nak kena ditinggalkan dekat nursery..tapi yang peliknya sampai2 dekat nursery happy semacam..seronok la tu dekat situ ramai kawan..tempatnya pun luas dan ceria..

Disebabkan semalam hadif terlentang (berdiri dekat tempat yang tak stabil).. So terfikir la nak update tentang kecederaan2 ringan sepanjang usia hadif menjelang 1 tahun ni..ada la 2, 3 kecederaan yang aku ingat..yang super minor kecederaan macam terhantuk meja ke kena geget semut, calar2 tu abaikan la..budak nak membesar kan..huhu..1st time berhadapan situasi baby injured ni agaknya orang tengok muka kita ni macam dah tak de darah kot..memang terkejut n cuak habis..huhuhu..

1st: luka bawah kening terhantuk katil
Dua kecederaan Hadif melibatkan darah..huhu..terasa agak tersayat la hati ni tengok darah anak..dah la baby lagi..first happen masa umur hadif 5 bulan..ikut date pict 13 july 14..masa tu die suka melonjak..bila pak uda (adik aku no.2) die pegang n duduk pulak dekat bucu katil dia tiba2 melonjak n terhantuk dekat katil..bunyi terhantuk tu memang kuat..ingat kan nanti dapat benjol besar..tapi nasib baik tak benjol just luka kecil je..darah pun sikit tak meleleh..huhu..lepas tu pak uda die dah tak mo main ngan hadif..tapi sekejap je la..lepas tu main macam biasa..mungkin rasa bersalah sebab insiden tu..


2nd: jari luka kena kaca
kecederaan ni pulak masa umur die 10 bulan++.. Kali ni berlaku dekat rumah mak lang (adik aku no. 1) die..hadif ni kan bila dah pandai menjulur/ mengesot ni memang laju la pergerakan die..dalam bilik rumah mak lang die tu ada kaca cermin yang pecah..agak cuai la dekat situ sebab kalau apa2 barang pecah patut terus buang je kan..so die main dalam bilik tu tup2 dah berdarah jari kecik die..yang peliknya die tak nangis pun terus je main macam biase..sampai darah pun dah banyak dekat beberapa tempat..huhu..mak lang die yang perasan dulu kejadian tu..terus laju2 bawak p sinki basuh jari yang berdarah tu..masa ni la sikecik mula nangis..maybe sebab baru terasa pedih luka tu..


3rd: terlentang ke belakang
Huhuhu..ni yang paling sadis & rasa ngeri walaupun tak berdarah..bayangkan kita berdiri tegak and terus terlentang ke belakang..tu yang happen semalam..die berdiri dekat tempat yang tak stabil tu yang terjatuh tu..Hadif sekarang memang gian nak berdiri je..so memang kena pantau tak boleh alpa..yang jatuh ni nasib baik la tak benjol and dia masih boleh senyum macam biasa lepas tu..Alhamdulillah..risau je hati mama ni..

January 25, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Saiz baju

Assalamualaikum

Mesti dah ade yang bosan baca entry2 blog ni kan..ye la duk cerita pasal dak kecik ni je..x pe la update entry2 ni untuk simpanan peribadi..x nak la nanti hadif dah besar tanya cerita masa die kecik2 dulu kita dah lupa..touching lak die nanti..hehe

Hari ni poin ke5 tentang Hazmi Hadif..saiz baju..part ni memang agak subjektif..rasa macam2 saiz baju Hadif pakai..jangan terkejut kalau ade baju newborn pun hadif masih pakai..agaknya ikut saiz newborn orang putih kot..tu yang masih muat tu..baju2 hadif ada saiz 3 ke 6 bulan..6 bulan ke 12 bulan..9 ke 12 bulan..12 ke 18 bulan pun ada..so memang subjektif..kena tengok budaknya dulu sebelum nak beli baju..

Ada jugak kes tersalah beli baju..terbeli yang kecik..part tu yang rasa rugi tu..pakai sekali je lepas tu tak boleh pakai dah..x pe la simpan tuk incoming adik hadif pakai nanti..insya Allah..kalau ada mom to be yang baca entry ni korang beli la baju baby macam2 saiz..lagipun x tawu lagi kan baby korang nanti besar ke kecik..baju newborn x yah beli banyak sebab nanti insya Allah ramai bagi hadiah untuk saiz tu..hihi..

P/s: hari ni Hadif 1st time berdiri sendiri dekat besi katil..one more step syg..next month dah jalan ye..insya Allah

January 21, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Susu

Assalamualaikum

Hari ni masuk poin ke 2 tentang Muhamad Hazmi Hadif.. Hadif & susu..Sebelum ni ada cerita sikitkan yang hadif masih bf (breastfeeding)..Alhamdulillah sampai ke saat ini ada rezeki untuk anak teruna sorang tu..hehe

Masa mengandung memang macam blur2 lagi..tak terfikir macam mana la nak nyusu anak..ade cukup ke susu tak..tak terfikir sume tu..yang aku fikir time tu takut sakit nak bersalin je..smpai ada berpuluh2 entry bersalin aku baca..haha

Hari bersalinkan hadif adalah hari yang sayu buat aku..rasa happy sebab selamat bersalin..tapi susu badan x de..tapi memang pandai berlakon la si hazmi hadif..hehe..iye2 je menghisap macam ada susu..bersalin pagi macam tu..kire nak dekat tengah hari baru la die cam mengamuk2..time tu baru la tawu rupa2 nya x de susu lagi..

Hari ke3 mengurut  baru la ade susu..time tu dah kena bengkak susu pulak..ye la baby baru lahir kan perut kecik je so minum susu pun sikit..start time tu la hadif menyusu badan sampai sekarang.. Means hadif merasa jugak la susu fm dalam masa 2 hari tu..x silap aku die minum susu anmum & enfalac..

Alhamdulillah beringat nak beli set pam susu manual yang complete ngan beg, bekas ais sume tu..memang la sebelum ni tak guna tapi bila dah start keje balik ni betapa bergunanya semua barang2 tu..

Pasal botol susu plak memang kalau ada mama die memang totally rejected..kesian gak dengar bila die dekat nursery.. dah betul2 lapar baru minum banyak kalau tak minum sikit2 je.. Tapi yang penting bekalan susu hari2 habis die minum..k ni la cerita hadif dengan susunya..dah nak masuk setahun ni if susu badan x cukup aku tak teragak2 nak campur gak ngan susu fm..lagipun dia dah boleh makan macam2 pun kan.. yang penting still bf sampai umur 2 tahun..insya Allah..

Belanja sikit gamba Hadif yang agak latest..badan susut sebab dah lasak tapi pipi still maintain boolat..

January 20, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Susah makan

Assalamualaikum

Alhamdulillah lagi 20 hari Hazmi Hadif nak masuk 1 tahun..so nak buat entry tentang hadif je dalam tempoh 20 hari ni..insyaAllah..aci la kn sebab dah bnyak cerita pesal hadif x update dekat sini sebelum ni..

Entry kali ni nak cerita pasal pemakanan hadif..budak ni senang cakap jenis susah makan..huhu..sampai mama die pun kekadang rasa give up je nak masak makanan tuk die..tapi bila dengar orang tua cakap "biase la budak nyusu badan, susah makan" so lega la sikit hati ni..tapi die bukan x makan langsung..ikut mood jugak la kekadang laju je makan sampai marah lambat suap kalau mood die nak makan..hehe

Hadif masih sepenuhnya nyusu badan..kire sebulan lebih la tinggalkan die orang lain jaga..risau jugak takut x cukup susu yang aku bekalkan..Alhamdulillah cukup rasanya sebab klu x cukup die akan macam meroyan bila tgk aku bila time habis keje..ni jadi masa minggu pertama tinggalkan die masa mak aku jaga..sekarang x de sangat..muka excited je bila nampak mama papa die masa amik die dari nursery..hehe

Dulu excited bila anak nak masuk 6 bulan sebab dah boleh start makan solid food..tapi sekarang tak sabar nak tunggu satu tahun pulak..sebab nak bagi die rasa2/makan makanan yang kita makan plak..part rasa2 tu dah ade jugak bagi sikit2..opps..

July 10, 2014

Hai anak risau hati mama ni

Assalamualaikum & salam 12 ramadan

*hari nie nak sembang pasal hadif lagi..harap sudi bace pesal my luvly son sorang ni =)

Pagi tadi bawak hadif pergi checkup 5 bulan..sedih rase dengan perkembangan fizikal hadif..tapi aku dah terfikir dah hal ni sebab die kerap muntah last month..die asyik muntah sebab batuk & x selesa tekak..huhu

Rase dah hampir 2 bulan perkembangan fizikal die x naik banyak..tapi alhamdulillah masih dalam zon normal dalam graf perkmbangan bayi tu tapi lilitan kepala je yang agak merisaukan..mungkin gak sebab keturunan pale kecik tu yang lambat naik tu? Entahlerr

So target aku sekarang sejak die dah sihat dr asyik muntah2 hari tu..aku nak bagi je nyusu bile masa die nak & biar die puas nyusu..memang bulan depan hadif dah bleh makan solid food tapi die punya check up date die lahir 8hb so x sempat la nak tengok hasil bagi makan =p

Bila aku tanye nurse sebab die dah pandai meniarap ke yang berat tak naik banyak..nurse kate meniarap tak effect sangat..yg effect nanti bila dah boleh merangkak or jalan...

Agaknye btol la kate org tua2 kan..x elok cakap anak tembam,gemok ke ..elok digantikan dngn budak 'semangat' agaknye ni la sebabnye kot..tros malu2 nak terus jadi 'semangat' ..sebelum ni suka sangat cakap hadif ni si bambam mama la..budak bam2 ler.. #justmy2cent

Hasil check up pagi td
Tinggi: 62cm (sama 2 bulan lepas)
Berat: 6.02kg (naik 0.22g je)
Ukur lilit kepala: 38cm (sama 2 bulan lepas)
BMI normal

So mommy2 mama2 ibu2 out there ada pape suggestion selain bagi nyusu untuk boost up perkembangan fizikal hadif??

Hai anak please la membesar dengan sihat syg..

July 8, 2014

Hazmi Hadif 5 Bulan!

Assalamualaikum

Hari ni baby hadif dh masuk 5 bulan..lagi 1 bulan dah nak boleh makan..x saba nak buat makanan utk hazmi hadif.. Nanti boleh la google resepi makanan baby..hehe

Perkembangan hadif setakat ni dari segi fizikal badan dah naik sikit..last month hadif hampir sebulan asyik muntah2 sebab die x selesa tekak..batuk tak lama..tapi tu la lepas menyusu jangan la salah pegang tertekan dada die ke mesti muntah..so sekarang dalam mode bagi je nyusu kalau die nak sebab nak bagi naik balik berat..hari khamis ni checkup kat klinik..mintak2 berat naik..sikit pun x pe jangan turun sudah..

Perkembangan hadif yang lain die dah officially pandai meniarap..since 3 bulan lagi die dah start nampak gaya nak meniarap..tp time tu kalau nampak kesian sangat die x dapat meniarap ktorang tolong la tolak montot die..hehe..opah die marah kot  tolong..hehe..masa awal2 umur 4 bulan plak bleh kira dengan jari berapa kali die meniarap sendiri..hujung2 4 bulan nak masuk 5 bulan baru btol2 pandai..kadang2 bergolek2 sebab meniarap..

Mulut plak dh start bising..rase meriah je rumah dengan suara die..hehe..Alhamdulillah mak sedara & opah die cakap hadif nie asyik senyum je..semoga sentiasa ceria ye anakku..

Alhamdulillah x terasa lelah pun jage anak sorang nie..walaupun bosan sebab x keje tapi rase happy & tenang je sebab dapat jaga anak sendiri..insya Allah lepas raya ni baru nak start cari kerja balik..
Hobi sekarang edit gambo anak jee

July 5, 2014

Pengalaman berpuasa & menyusu anak ramadan setakat ini

Assalamualaikum

Alhamdulillah dah nak masuk 9 hari berpuasa di bulan ramadan tahun ni..teringat awal puasa ritu betapa risaunye nak puasa tahun nie..sebab masih dibayangi kepayahan puasa tahun lepas..tahun lepas aku dalam 1st trimester mengandungkn hadif..tahun ni plak menyusukan hadif..full bf plak tu sebab hazmi hadif baru nak masuk 5 bulan..Alhamdulillah tahun lepas berjaya puasa penuh..tahun nie x tahu lagi..insya Allah..

Alhamdulillah seminggu berpuasa dengan izin Allah susu badan ade macam biase..tapi aku still kena amalkan pemakanan ibu menyusu mse dalam puasa ni. Cara pemakanan tu termasuklah

1.minum air banyak 2L ke 3L..x sure la cukup ke tak banyak ni..tapi banyak gak la minum
2.makan kurma berbuka & bersahur 3.kurangkan caffein sebab bile minum kopi je asyik nak ke toilet buang air..nanti badan jadi kurang air kalau asyik ke toilet..
4.makan banyak sebab nak mnyusu anak kan..
5. Kenali milkbooster anda..rase setiap orang berbeza..mcm aku ritu makan tempe susu jadi banyak..so kena makan makanan berasaskan kacang soya la ni..

Bulan puasa kali ni aku tak buat stok susu ebm..ade buat sikit je dalam 2 botol x sampai 10 oz..nie semua gara2 sikecik hazmi hadif dah pandai x nak menyusu dari botol..masa kecik2 sebulan dua die nak nie bila dah stop kejap die dah tak nak dah..nanti lepas raya nak smbung training menyusu guna botol..kalau x susah ler nak keje balik..

Berharap sangat dapat berpuasa penuh lagi tahun ni..insya Allah..buat readers semua selamat berpuasa ye..semoga kita dapat menggunakan peluang untuk melipatgandakan ibadah di bulan yang mulia ni..insya Allah

budak pp labuh yang dah pandai meniarap..