March 8, 2016

Sambutan Birthday Hadif yang ke 2 Tahun! Tema Didi & Friends

Assalamualaikum,

Sekejap je bulan Mac dah menjengah tiba..so debaran nak bersalin pun mula terasa..ikut due 27hb ni bersalin..tak nak fikir bukan-bukan pasal nak bersalin ni..doakan ye agar dipermudahkan..Hari ni Hadif cukup umur 2 tahun 1 bulan..seminggu lebih mengarang entri ni..hari ni baru berkesempatan nak up kan entry ni =p


Idea nak buat majlis


Sebenarnya dari umur Hadif setahun dah plan nak buat birthday party ni..tapi masa tu opah dengan mak pak sedara nya pergi umrah..kira tak cukup korum, tahun ni baru dapat nak buat majlis ni..Birthday Hadif jatuh pada 1st day tahun baru cina 8 hb hari isnin..tapi sebab masa tu dekat kampung mama & bukan weekend, so postpone ke hari sabtu minggu tu, 13hb feb..tu pun kira tak cukup korum jugak sebab mak pak sedara belah mama kira adik-adik aku yang duduk area kl ni masih  tak balik dari kg lagi..diorang cuti seminggu kan raya cina hari tu..tapi nasib baik la dah celebrate jugak dekat kg..Alhamdulillah rezeki bisness suami pun bertambah baik so kitorang pun proceed dengan birthday party Hadif yang ke-2 tahun ni..

Tema Majlis


Buat masa ni Hadif memang giler dengan kartun lagu kanak-kanak didi & friends..pantang offer tengok dekat hp & bila keluar dekat tv (astro ceria) terjoget-joget die..hihi..kitorang pun panggil Hadif dengan panggilan manja nama seakan-akan bunyi didi..kira macam kena la tema ni dengan die..cuma tak dapat la nak prepare semua item macam doorgift ke,sticker ke, t-shirt ke sebab kartun didi & friends ni tak meluas lagi orang buat bisness macam upin & ipin..Yang dapat kitorang prepare untuk menghidupkan tema tu dengan tempah banner..lepas tu buat 'TQ' tag yang print atas kertas A4 je untuk stapler dekat doorgift..selain tu jugak kitorang beli belon berwarna-warni yang ton kaler ikut tema didi & friends..last but not least buat kek tema didi & friends..kek ni khas disponsor oleh mak sedara hadif..siap ade patung-patung main bola lagi sebab bola pun fevret Hadif =)

detect tone kaler guna aplikasi online..lupa dah website mana


Simple decoration untuk doorgift yang dalam die ada air kotak & jajan-jajan sikit

Menu makanan


Alhamdulillah sekali lagi sebab majlis birthday dekat rumah opah ni berjalan lancar sebab dah ada tukang masak khas..salah sorang mak sedara Hadif memang dah selalu masak banyak2 & sedap..boleh dikatakan hampir setiap tahun mesti ada majlis rumah terbuka die buat..kira memang dah biasa la dengan buat makan-makan macam ni.. masa nak pilih date & jemput orang hari tu pun kena tunggu dulu cuti die approve baru boleh jemput sebab orang yang tersangat penting kan..x de kak ipar aku tu tak de la berjalan majlis tuu..hihi..cuma nak kena topup sikit2 makanan macam kuih..x sempat la semua kak ipar aku tu nak buat..Antara menu yang disediakan masa majlis sambutan birthday hadif hari tu..bihun sup, nasi impit kuah kacang, pulut kuning, daging dendeng, rojak, fries, nugget, sosej, kuih karipap, popia, kasuwi, cheese tart, air sirap & kek birthday (menu makan petang).. kali ni tak dapat nak buat candy buffet ke ape sebab masa terhad..tak sempat nak plan pun..balik dari kg. hari selasa then rabu sampai jumaat keje..sabtu dah majlis..terkilan tak sempat snap gambar makanan..member punya suami siap berapa kali bertambah2..kira ok la makanan hari tu..


Kek birthday Hadif 

Tema Baju sedondon kami 3 beranak


Tak terfikir pun nak pakai baju kaler peach hari tu..sebab cari baju tuan birthday dulu yang berkenan warna peach..so kitorang mama papa die follow je la kaler tu..baju aku dengan Hadif senang je nak cari..tapi baju papa die..bukan main susah lagi..tak tahu la sebab cari dekat aeon taiping, dekat kg. so tak banyak pilihan..kaler peach untuk lelaki pulak tu kan..agaknya memang kurang pilihan..lastly jumpa jugak yang berkenan di hati papa..

keluarga kecil kami <3 td="">


Idea decoration Birthday Hadif yang ke-2 tahun


Boleh dikatakan idea nak deco-deco ni datang secara spontan.. tempahan banner tu memang betul2 menaikkan suasana majlis tu.. asalnya aku design sendiri guna aplikasi online pixlr..tapi bila bawa copy ke kedai printing diorang cakap gambar pecah/tak sharp so diorang suggest untuk design semula..add on cost rm30 untuk design semula..memang terkilan sikit tak guna design yang aku buat sendiri tu..tapi nasib baik la boleh guna jugak design tu untuk TQ tag doorgift dengan edible image yang letak atas kek tu =) Decorasi belon plak semangat aku dengan suami tengok youtube pagi-pagi..tengok tutorial macam mana nak gabungkan belon-belon dengan cara yang mudah..Alhamdulillah menjadi juga plan tu..asalnya nak minta tolong semua sedara mara yang ada untuk tiup belon.. aku tak termasuklah sebab dah kira sarat mengandung kan..kalau tiup-tiup terbersalin apa pun tak dapat..hihi..lastly suami pergi beli alat untuk tiup belon tu..senang kerja..bukan mahal pun dalam 2 ringgit macam tu je alat tu.

Kain latar warna biru muda tu sebenarnya kain deco-deco masa akikah hadif 8 bulan dulu.. nasib baik mertua ingatkan tentang kain tu..so recycle balik guna kain tu untuk majlis hadif kali ni..tapi yang kelakar bila dah deko-deko tangkap gambar ade sedara tanya kenapa tak iron kain tu..nampak kedut2 kesan lipatan..ade terfikir tapi macam leceh je nak iron kain panjang2 macam tu =) 

Ada jugak plan nak buat bunga tisu untuk tambah dekorasi tapi tak sempat..barang-barang nak buat bunga tu dah ada..cuma tinggal nak buat je..tapi sampai ke sudah tak sempat nak buat..tak pe lah simpan idea tu untuk next birthday or insya Allah birthday adik Hadif plak nanti..



Tetamu Majlis


Target jemputan dalam 150 orang..tapi rasa tak sampai banyak tu yang datang..tengah musim-musim cuti sekolah kan..ramai yang tak balik lagi dari bercuti dekat kg. macam adik-adik aku tu..tapi majlis tetap diteruskan dengan kehadiran jiran tetangga, sedara mara & kawan-kawan.. Alhamdulillah dapat jumpa beberapa kawan lama & kawan baik masa zaman belajar dulu..disebabkan kehadiran kawan-kawan aku ni ralit asyik bersembang terasa kejap je masa tup-tup dah malam..hihi..

Alhamdulillah jugak tak banyak sangat makanan yang berlebih.. mungkin sebab kak ipar aku memang dah berpengalaman buat majlis makan-makan macam ni.. so tak ada la kes membazir..yang lebih-lebih tu sedara mara pakat tapaw bawak balik..

Secara overall aku & suami berpuas hati dengan majlis sambutan hari lahir Hadif yang ke-2 tahun ni..sempat rakam video masa Hadif potong kek & semua nyanyi2 dekat die..muka die macam terpinga-pinga je..ye la 1st timer sambut birthday ramai-ramai..hehe..Insya Allah kalau ada rezeki lagi tahun depan boleh buat macam ni lagi =)

Hadif dah comot-comot time ni, masa ni dah lewat petang dah.. Bergambar dengan best friend ni aktiviti wajib kalau berjumpa =)

February 24, 2016

Pregnant Kali ni Asyik Nak Makan Mentos Sour Mix!

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 35 minggu preggy..banyak mende nak cerita tentang preggy kali ni tapi asyik terbantut dek kekangan masa & perangai bertangguh yang lebih merumitkan keadaan..ayat pun dah pelik2 bila lama tak taip entry.

tak tahu la nak panggil jajan ke suppliment(kalau suppliment selalu makanan yang sihat kan) ke ape..tapi mentos sour mix memang wajib kena makan macam almost setiap hari..rasa mulut ni sentiasa nak mengunyah je candy tu..sebab rasa die yang sangat masam perisa buah-buahan lagi..tu yang rasa sedap sangat tu..

start makan dulu dalam bentuk dalam plastik tu ..sehari lepas lunch dekat opis mesti kena makan 2 bijik..sekarang dah hujung2 kehamilan macam makin parah sebab nak yang stick punya macam dalam gambar bawah ni..so boleh makan lagi banyak..dekat opis punya kena ingat orang belakang kalau nak perabiskan..hihi..ingat kopi, rokok je yang boleh menyebabkan ketagihan..gula2 pun boleh =p



Harap tak ade la pape kesan tak baik kepada baby sebab aku kerap sangat makan gula2 ni. kalau pregnant sebelum ni gila cheese..kali ni gula2 ni pulak..kalau nak effect tak baik pun mungkin dekat gigi sebab mende manis kan..

February 10, 2016

Perjalanan Breastfeeding My luvly Son Muhamad Hazmi Hadif

Assalamualaikum

Rasa panjang nak cerita tentang perjalanan breastfeeding a.k.a penyusuan ibu untuk hadif ni..Alhamdulillah gong xi fai cai isnin lepas bersamaan dengan birthday my luvly son, Muhamad Hazmi Hadif yang ke-2 tahun..Ya Allah macam tak percaya je anak dah 2 tahun..cepatnya die membesar & jadi semakin bijak..hihi..Alhamdulillah jugak senang Hadif nak wean off..x de kena letak macam2 untuk bagi die bercerai susu..tepat die 2 tahun ikut kalendar islam (8 rabiulakhir) hari tu..terus die wean off macam tu je..mungkin jugak sebab die tak minum susu ibu sepenuhnya sebab tu senang rasanya nak wean off..

Hadif menyusu penuh dalam 1 tahun

Alhamdulillah walaupun tak berpeluang nak menyusukan hadif secara exclusive selama 2 tahun bersyukur jugak sebab lepas jugak setahun penuh menyusukan die..sebelum ni kan tak kerja sampai hadif 8 bulan so bile dah kerja kadang2 tak disiplin mengepam susu & faktor-faktor lain, susu pun mula drop..so tanya pendapat mak, & orang sekeliling aku pun dengan redhanye beli susu formula sebagai tambahan untuk susu hadif..lagipun hadif masa umur2 baru setahun macam tu x nak makan sangat..kiranya die bergantung penuh pada susu..Masa tu hadif nak satu jenis susu je susu biolax..sebelum tu dah try macam2 susu..die x nak..kira antara susu yang mahal jugak la dalam rm33 untuk 500g & 500g ni tahan seminggu je..Susu ni pun nursery yang jaga Hadif dulu yang suggest kan sebab diorang kate susu ni tak hamis berbanding susu2 lain..sebab mungkin faktor susu hamis tu la yang baby tak mahu susu formula..

Ada masa jugak Hadif dah tak nak susu badan

Part ni agak sayu sikit sebab aku sendiri tak ready lagi nak bercerai susu badan dengan die..masa tu hadif baru setahun 3 bulan macam tu..kire kecik lagi..masa tu aku preggy kandungan yang tak menjadi tu (boleh baca entry yang sebelum-sebelum ni)..agaknye sebab ade makan ubat duphaston (ubat kuatkan rahim) susu rasa lain agaknya..memang die tak nak nyusu..kalau paksa bagi siap gigit lagi..tapi bila je aku dah keguguran terus die nak balik mnyusu..

Seriously rindu moment2 masa hadif menyusu..comel je hadif dalam dakapan aku..siap bergurau senda dengan die time menyusu tu..sekarang ni..nak peluk pun dah susah..die nak bebas je..rimas kena peluk..huhu..tapi bagus jugak sebagai persiapan untuk adik hadif menyusu plak selepas ni..insya Allah..cakap pasal adik Hadif hari ni dah masuk 33 minggu 3 hari dah preggy..Alhamdulillah..bulan depan due..doakan dipermudahkan urusan aku tu..huhu..

Hadif wean off tepat umur die 2 tahun ikut kalendar islam

Part ni aku langsung x rancang..sebab tengok hadif macam tak de gaya nak wean off pun..dalam masa sebulan dua sebelum tu die kuat lagi menyusu..pantang offer..aku dah risau dah macam mane la hadif ni nak stop mnyusu..masa hari birthday die 2 tahun tu aku memang dah start jadual baru..rutin baru..balik keje terus masak,masuk dapur x de nak baring2 dulu..selalunya hadif akan mnyusu time2 aku balik keje tu la..lepas tu die sibuk2 main penat terus tido..kira macam die terlupa dah nak mnyusu.. so lepas la satu hari..then bila satu hari hadif tak mnyusu..kena plak hari yang sesuai macam tu terus la aku dengan suami plan nak stop kan die menyusu terus..hehe..

Ada jugak hadif tetiba teringat nak menyusu..tapi kitorang cepat2 ralit kan die..so die dah lupa nak menyusu..kira nya dah sebulan jugak la hadif dah wean off..sekarang die suka main olok2 bagi superman die nyusu mama die..kire die dah ok la tu..hehe

Ini la budaknya yang disebut2..hihi..tengah buat peace..mana la die belajar buat peace macam tu..hehehe


January 12, 2016

Hari ni datang awal ke ofis!

As Salam readers,

Lamanya tak update blog..kali ni x nak menjanjikan apa-apa..kirenya kalau ada, adalah..kalau x de tu pepaham je la..dengan life keje yang super bz..balik rumah memang dah dikhaskan buat anak & suami yang tercinta..kadang-kadang boleh tak tengok phone satu malam..

Hari ni datang awal sebab naik kereta..wuhuuu..pregnant ni dah masuk 7 bulan++ memang best la kalau dapat naik kereta pegi kerja..(nanti ye update cerita pasal 3rd pregnancy ni)..suami ada rushing nak ke sesuatu tempat..so redha je la sampai opis awal..

Tadi baru berborak dengan my luvly mak!  sekarang curi masa update blog..ok la peeps kerja opis banyak menimbun2..dah datang awal ni boleh la start keje awal..semoga boleh balik keje dengan tenang tanpa fikir pasal keje opis..


Rasa x terlambat lagi nak wish happy new year 2016! semoga tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelum-sebelumnya.. Insya Allah =)

June 11, 2015

Haih Macam Mana Boleh Lupa - Date Perkenalan

Assalamualaikum,


Berpagi2 lagi dah update blog..lagi setengah jam dah start waktu kerja..ini la waktu yang sesuai nak update blog..otak pun masih fresh lagi untuk mengarang.. Terima kasih semua di atas keperihatinan korang dengan ucapan takziah di entry sebelum ni..doakan ye ada rezeki yang lebih baik selepas ini..insya Allah..

Semalam suami bacakan cerita lawak yang die baca dekat wassap..kawan2 die la yang share..tentang satu laporan polis ni..Biasa la laporan polis mesti dimulakan dengan date kan..so die strat baca "pada 9/5/15...bla..bla...bla".lepas tu aku dah tak dapat tangkap apa yang dia baca dah sebab aku tergamam bila dia bacakan date tu..

lepas tu aku dengan die gelak2 la sebab masing2 dah faham sebab apa aku tergamam..lepas tu aku tanya suami banyak kali..tu date perkenalan kita kan? macam  mana kita boleh lupa..dah almost sebulan dah uolls..semalam dah 10/6 dah pun..hihii..mungkin sebab masa tu aku dengan suami masih terkejut gembira sebab dapat tawu 2nd pregnancy plus super duper risau dengan bleeding yang non-stop..hhuu..

Alhamdulillah dah masuk 8 tahun usia perkenalan kami..insya Allah masih jauh perjalanan untuk ditempuhi bersama..& banyak yang perlu dipelajari tentang satu sama lain..kalau dulu beriya every year ada kek celebrate bagai..tahun ni memang yang terpaling sadis la..dua2 langsung x ingat..pesan dekat suami nanti tahun yang ke 10 kalau x ingat siap..peringatan untuk diri sendiri jugak.. =P