Showing posts with label 1st birthday. Show all posts
Showing posts with label 1st birthday. Show all posts

February 24, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: TTC & Hadif

Assalamualaikum

Akhirnya sampailah ke entry terakhir 20 tentang Hazmi Hadif..tengah buat entry pasal si kecik ni mula la teringat dekat dia..hari ini super extra rindu sebab dah spent 5 hari penuh bercuti..hari ni masuk kerja dah..ntah macam mana budak kecik tu..aku yang mama die pun dah macam "babysick"..betul la term ni kan sebab kalau duduk asrama rindu rumah "homesick".huhuhu..selalu time rehat akan pergi jenguk die..ni kalau opismate bawak moto yang pakai starter tu la (x reti start moto guna kaki)..hari ni die mc plak..ni yang terasa nak beli moto sebijik ni..huhu..korang dengarkan je la luahan hati seorang mama yang merindu ni k..

back to the point.. nak dapat sorang si kecik hadif ni pun aku ber'ttc' jugak taw..ttc tu maksudnya 'try to conceive'..macam2 usaha aku buat walaupun kalau ada yang rasa macam sekejap tempoh 5 bulan lepas kawin baru pregnant tu..tapi susah payah berusaha tu memang tak akan lupa..

1st of all adalah niat..lepas kawin je memang dah niat nak baby cepat..tak de langsung niat nak berhoneymoon dulu ke..nak cari keje tetap ke..memang bulat hati nak baby..so start lepas kawin je memang terus berusaha..lepas tu kena jaga permakanan..lepas kawin aku makan benda2 yang berkhasiat je..tak de minum minuman bercafein, tak makan fast food, tak makan asam jeruk semua tu..korang bayangkan la aku ni gila kopi memang seksa pagi2 tahan ngantuk tak minum kopi..fast food plak bila lalu je kfc, mcd pizza semua tu bila lama sangat tak makan mula la teringat2..

Then usaha suami isteri..ni korang boleh google la entry lain ye..tak reti nak cerita macam mana..Part yang agak miracle bila aku mula amalkan doa nabi Zakaria..tak sampai sebulan dah pregnant..Alhamdulillah =)..



Rasa tak pernah cerita dekat sesiapa selain suami je tahu yang pernah pergi hospital ingat confirm dah pregnant..sebab pernah baca yang pregnancy test kalau ade sikit2 bayang2 pun kira dah pregnant..excited pergi hospital test sekali lagi tengok2 negatif..sedih woo..kenangan sungguh bila teringat usaha keras nak dapatkan si Hazmi Hadif ni..lagi terasa bila lepas kawin period asyik lambat je..kadang2 lambat nak dekat 2 bulan tu yang rasa macam pregnant tu..& setiap kali test sebelum nak dapat hadif ni hasilnya negatif je..Apps dekat phone asyik menatap je sebab berkira-kira bila la hari subur untuk bersama suami untuk dapatkan baby..

Supplimen yang aku pernah ambil masa berusaha tu air jus delima gulsan..mungkin jus ni jugak ada membantu dari segi kesuburan..yang aku ingat nak masuk bulan ke6 usia perkahwinan kami..aku mula dah tak mau tension2 fikir nak baby..gulsan ni pun dah stop minum..cuma aku amalkan pemakanan sihat, fikir positif, berdoa terus menerus..Alhamdulillah tepat monthsary perkahwinan ke6 buat pregnancy test Alhamdulillah pregnat..syukur Ya Allah..

tak percaya sampai 2x test..

Sekarang dikelilingi adik, ipar duai, saudara mara & sahabat yang masih ber'ttc'..if korang ada baca entry ni teruskan berusaha & yakin dengan rezeki Allah..mungkin rezeki korang ada tempat lain or rezeki baby otw..jangan putus harapan..pernah rasa ape yang korang rasa walaupun dalam tempoh sekejap.huhu

February 18, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Perkembangan Hadif sebelum setahun

Assalamualaikum

Hari ni seumpama jumaat..ni kes tak sabar nak bercuti la ni..hehe..insya Allah malam malam ni nak balik kg..rindu sangat2 dekat emak ayah & adik beradik dekat kg..semoga perjalanan malam ni selamat & dipermudahkan..harap jugak kurang jem..aminn..

Hari ni nak cerita tentang perkembangan hadif sebelum menginjak usia 1 tahun ni..untuk 1st achievement adalah senyum..hadif start senyum masa umur sebulan lebih..masa ni perasan tak perasan je..mula2 hadif senyum dekat makpah die..sebab mak aku pandai agah..hihi..dah masuk 2 bulan makin terserlah senyuman die..

Then meniarap..hadif betul2 meniarap masa umur dia 5 bulan..masa 3 bulan dah nampak die punya minat nak meniarap tu..hehe..masa mula2 nampak die asyik nak cuba meniarap ni rasa nak tolong je die untuk meniarap..tapi opahnya tak bagi dia kata biar usaha sendiri..

Lepas masuk 6 bulan & 7 bulan hadif asyik gian nak meniarap & berpusing2..ni la cara die nak bergerak..walaupun tak kedepan lagi means menjulur or merangkak tapi time ni hadif dah nampak lasaknya..masa tidur malam dekat kanan katil esoknya dah dekat kiri katil dah..dari elok2 tengah ruang tamu tengok2 dah nak dekat pintu dah..ni la hasil die berpusing2 tu..

Bila masuk 8 bulan time ni die dah start menjulur ke depan..huh lap peluh lah sejak die boleh menjulur ni memang laju je die kalau nak pergi dekat sesuatu tempat tu..kalau rumah sewa ni dia suka pergi dapur..kalau ade mama ke papa die mandi ke depan bilik air la die..perkembangan menjulur ni agak lama..seminggu sebelum setahun ni baru dia start berdiri..agaknya die selesa bergerak dengan menjulur je..hehe..merangkak ade jugak tapi ikut mood dia la tu pun tak lama..

Sejak hadif semakin lasak ni nampak la die dah susut sikit..tapi Alhamdulillah la check up setahun hari tu semua naik berat & tinggi, bmi pun normal..pasal perkembangan intelektual plak masa hadif 10 bulan lebih mcm tu..hadif bila tanya kedudukan sesuatu tempat contohnya gambar mama papanya die akan tengok tempat gambar tu..tapi guna pandangan la..sama macam dekat nursery tanya mana ayam die tengok gambar ayam..hehe

Hadif kan kategori susah makan..tapi bila umur die nak masuk 11 bulan ni die dah pandai nak makan dah..pantang bila tengok fries..nangis sebab nak kan fries tu..bila bagi elok senyap duduk makan..bila fries tu habis die nangis nak lagi..alhamdulillah sebab risau hadif tak nak makan sampai ke besar..lepas ni boleh la pelbagaikan masakan untuk die..hihi


February 16, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: luruh tali pusat hari ke-5

Assalamualaikum,

Selamat bersua lagi setelah berhari2 tak update blog..ktorg 3 beranak baru baik dr demam batuk selesema..huhu..alhamdulillah..nasib baik hadif dihinggapi batuk & selesema sikit je..kalau sampai demam haru biru jadinya dh semua tak sihat =p..hari ni nak up entry yang simple2 je..

Aku kira tak berkesempatan lagi nak handle tali pusat anak..means yang nak kena cuci2 & letak ubat dekat tali pusat tu..sebabnya hadif masa hari ke5 dah luruh tali pusat..masa tu kan mak aku yang masih handle baby...bila aku dah tak berapa sakit dekat jahitan bawah & dah selesa duduk baru la dapat nak handle anak sendiri..

Mak aku cakap kalau baby gugur cepat tali pusat maknanya tak degil..budaknya dengar kata..harap2 betul la macam tu..tapi sekarang hadif tak pandai dengar kate lagi..bila kata "no" jegil mata sume tu..die sengih je..lagi2 bila die menyulur g dapur..lagi di tegur lagi laju la die nak ke dapur tu..tapi kalau panggil die ade jugak menoleh lepas tu sambung nyulur..geram je bila ingatkan pesal budak ni..hehe

Tali pusat hadif tu masih ada dalam simpanan aku..plan nanti nak tanam je..ade orang2 tua suruh simpan sebab nak buat ubat kembung perut la..nak simpan sekali ngan tali pusat adik beradik yang lain supaya tak bergaduh la..macam2 kepercayaan tentang tali pusat bayi ni kan...tak nak percaya diorang lebih berpengalaman..so korang decide la sendiri k =p

February 11, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Short Vacations

Assalamualaikum

Kembali dengan entry 20 tentang Hazmi Hadif.. am i too obsessed dengan anak? Maybe.. sebab rasanya dah lama x berselfie..gambar berdua dengan suami pun dah tak banyak..facebook penuh gambar anak, dah macam fb tu fb anak..sama jugak dengan blog ni..yang menarik nak bercerita sekarang pasal anak je..sorry ye..nanti habis entry 20 tentang Hazmi Hadif ni insya Allah akan update pasal lain jugak..

Hadif short vacation ataupun percutian singkat ni melibatkan masa hadif dalam perut & diluar perut.. Boleh ke macam tu? Hihi..ye la macam kitorang bercuti dekat hatyai tahun lepas kan hadif dalam perut masa tu.. Percutian ke hatyai ni dengan family mama.

Then masa hadif 4 bulan bawak dia pergi cameron highlands.. Percutian family papa plak..kira dah merasa la budak kecik ni naik tempat tinggi & jalan berliku2 tu..rasanya masa belah pergi x muntah..masa nak balik ada muntah..huhu..muntah dalam kereta confirm2 mama pun kena sama.. Pergi cameron tu dua hari satu malam je..so tak banyak tempat boleh jalan setakat ladang teh boh, ladang strawberi & tempat2 lain..yang agak terkilan ladang lavender x pernah pergi lagi..nanti kita bertiga g sana lagi k..tapi make sure bukan musim tengkujuh sebab cameron kan tempat banjir lumpur..huhu


Last short vacation Hadif masa hadif 7 bulan..pergi melaka plak.. Time ni mama & papa stress yang amat sebab hadif tak sihat time tu.. Bawak baby berjalan masa tak sihat memang la tak best kan..tapi ni pun percutian family belah papa jugak..dah plan lama kena la ikut jugak ..tempat yang kitorang pergi makan seafood dekat umbai, naik melaka cruise & tempat2 lain.. Dah nama short vacation so tak banyak tempat dapat pergi..

bergambar sebelum naik melaka cruise

So ni la percutian hadif sepanjang usia nye sebelum 1 tahun..so kiranya tak ada lagi percutian yang melibatkan kami bertiga lagi..kena plan la ni untuk next vacation.. Tapi beramai2 bercuti pun meriah jugak..hadif masa balik kg bagan datoh hari tu dah tengok laut..tapi kakinya tak pernah jejak pasir pantai lagi..tunggu la hadif boleh jalan nanti kan baru best tengok hadif lari2 tepi pantai..hehe


godek2 gambar dekat phone terjumpa gambar ni..hadif pernah pergi icity jugak ye =)

February 10, 2015

Happy 1st Birthday anak ku Muhamad Hazmi Hadif!!

Assalamualaikum,

Dek kerana kesibukan weekend lepas menghantar mak mertua & kakak ipar p umrah & hal2 lain..x dapat la nak completekan 20 tentang Hazmi Hadif..masih berbaki 4 entry..insya Allah bakal bersambung selepas entry ini..(fefeling ramai yang menanti entry =p)..Alhamdulillah Hazmi Hadif dah pun cukup setahun..syukur Ya Allah atas amanah teragung kepada hambamu ini..

Untuk tahun pertama ni tak ada majlis sambutan hari jadi untuk Hadif..x cukup korum nak buat majlis kan sebab opahnya & mak pak sedaranya p umrah..nak pospone date lain plak x de date yang sesuai dengan nak cuti balik kg lagi next week..so redho je la tahun ni x de pape celebration..hanya celebration kami bertiga sahaja..lagipun rasa tahun2 pertama ni mama papa hadif je la yang excited birthday hadif ni..hadif macam tu jugak main & main, nyusu, tidur, nangis macam tak ada pape yang berlaku..hehe

Hari birthday hadif dimulai dengan peluk cium & kata2 sayang dari mama papanya..sampai rimas budak tu dikerjakan kitorang..hehe.. Ni pagi2 8hb la..kalau diikutkan hadif lahir pepagi buta jam 3.09am..x daya nak celebrate time2 tuu..pengsan habis kami ber3..pagi tu kami still ada dekat rumah pantai dalam..lepas tu bersiap balik rumah & dari rumah bersiap pulak nak ke one utama..

Kira hari ahad tu shopping barang hadif je la sempena birthday die..mula2 ingat nak beli baju..tapi x jumpa yang berkenan..lagipun dalam kepala aku ni ingat nak beli mainan yang boleh berdiri tolak tu untuk encourage hadif untuk berjalan..dia kan dah pandai berdiri ni..so tak lama dah nak berjalan plak..x kisah la hadif jalan cepat ke lambat..yang penting setiap bulan ada perkembangan baru..tengok dalam buku biru klinik tu pun berjalan dalam 1 tahun 6 bulan..so masih ada masa lagi =)

Hadif dapat topi baru beli dekat h&m.. Harga topi tu x de la mahal sangat.. Smart plak tu..suami la beriya nak beli..kira nak sama macam dia pakai topi jugak..tapi budak kecik ni kalau dia tak perasan boleh la nak pakaikan dia topi..kalau dia perasan memang dilemparnya..hihi

Lepas tu otw balik rumah singgah kedai kek king dekat kompleks sungai buloh..dekat situ ada satu je pilihan kek yang comel2 sikit..so no choice beli yang tu je la..balik rumah goreng2 nugget, fries & sosej buat air so cukup la simple2 menu untuk celebrate birthday Hadif..

Yang mainan tu kitorang beli jugak untuk hadif sebagai hadiah..yang slak sikit kena pasang sendiri plak..siap kena letak sticker sendiri lagi tu..hehe..pasang punya pasang letak hadif atas tu tengok2 tak sampai kaki lagi..kelakar je..x pe la kereta tu boleh main lama..hadif bila diletakkan dekat seat kereta tu & tekan button2 lagu yang ada happy je dia..happy tengok hadif senyum..ini la cerita 1st birthday hadif =)


hadif dengan kereta barunya =)

November 23, 2011

Rozelt: Happy 1st Birthday!

As Salam,


Thanks for all support from readers & followers!
Thanks for drop by and say hello!
Thanks for all supportive comments..
Thanks pada silent reader..i noe one of them..
Sorry if salah bagi info, or x faham tutorial..hehe
Sorry if ada gaya bahasa yang x bersesuaian yang mengguris perasaan..
Sorry if ada unsur riak, ujub dalam gaya penulisan saya
Sorry if x buat lawatan balas (happen bila tuan blog bz)

Thank you very2 much!! teruskan support blog rozelt!

p/s: Ada 7 page followers lagi x review..insyaAllah hari nie akan review semua..hihi