February 24, 2016

Pregnant Kali ni Asyik Nak Makan Mentos Sour Mix!

Assalamualaikum readers,

Alhamdulillah minggu ni dah masuk 35 minggu preggy..banyak mende nak cerita tentang preggy kali ni tapi asyik terbantut dek kekangan masa & perangai bertangguh yang lebih merumitkan keadaan..ayat pun dah pelik2 bila lama tak taip entry.

tak tahu la nak panggil jajan ke suppliment(kalau suppliment selalu makanan yang sihat kan) ke ape..tapi mentos sour mix memang wajib kena makan macam almost setiap hari..rasa mulut ni sentiasa nak mengunyah je candy tu..sebab rasa die yang sangat masam perisa buah-buahan lagi..tu yang rasa sedap sangat tu..

start makan dulu dalam bentuk dalam plastik tu ..sehari lepas lunch dekat opis mesti kena makan 2 bijik..sekarang dah hujung2 kehamilan macam makin parah sebab nak yang stick punya macam dalam gambar bawah ni..so boleh makan lagi banyak..dekat opis punya kena ingat orang belakang kalau nak perabiskan..hihi..ingat kopi, rokok je yang boleh menyebabkan ketagihan..gula2 pun boleh =p



Harap tak ade la pape kesan tak baik kepada baby sebab aku kerap sangat makan gula2 ni. kalau pregnant sebelum ni gila cheese..kali ni gula2 ni pulak..kalau nak effect tak baik pun mungkin dekat gigi sebab mende manis kan..

February 10, 2016

Perjalanan Breastfeeding My luvly Son Muhamad Hazmi Hadif

Assalamualaikum

Rasa panjang nak cerita tentang perjalanan breastfeeding a.k.a penyusuan ibu untuk hadif ni..Alhamdulillah gong xi fai cai isnin lepas bersamaan dengan birthday my luvly son, Muhamad Hazmi Hadif yang ke-2 tahun..Ya Allah macam tak percaya je anak dah 2 tahun..cepatnya die membesar & jadi semakin bijak..hihi..Alhamdulillah jugak senang Hadif nak wean off..x de kena letak macam2 untuk bagi die bercerai susu..tepat die 2 tahun ikut kalendar islam (8 rabiulakhir) hari tu..terus die wean off macam tu je..mungkin jugak sebab die tak minum susu ibu sepenuhnya sebab tu senang rasanya nak wean off..

Hadif menyusu penuh dalam 1 tahun

Alhamdulillah walaupun tak berpeluang nak menyusukan hadif secara exclusive selama 2 tahun bersyukur jugak sebab lepas jugak setahun penuh menyusukan die..sebelum ni kan tak kerja sampai hadif 8 bulan so bile dah kerja kadang2 tak disiplin mengepam susu & faktor-faktor lain, susu pun mula drop..so tanya pendapat mak, & orang sekeliling aku pun dengan redhanye beli susu formula sebagai tambahan untuk susu hadif..lagipun hadif masa umur2 baru setahun macam tu x nak makan sangat..kiranya die bergantung penuh pada susu..Masa tu hadif nak satu jenis susu je susu biolax..sebelum tu dah try macam2 susu..die x nak..kira antara susu yang mahal jugak la dalam rm33 untuk 500g & 500g ni tahan seminggu je..Susu ni pun nursery yang jaga Hadif dulu yang suggest kan sebab diorang kate susu ni tak hamis berbanding susu2 lain..sebab mungkin faktor susu hamis tu la yang baby tak mahu susu formula..

Ada masa jugak Hadif dah tak nak susu badan

Part ni agak sayu sikit sebab aku sendiri tak ready lagi nak bercerai susu badan dengan die..masa tu hadif baru setahun 3 bulan macam tu..kire kecik lagi..masa tu aku preggy kandungan yang tak menjadi tu (boleh baca entry yang sebelum-sebelum ni)..agaknye sebab ade makan ubat duphaston (ubat kuatkan rahim) susu rasa lain agaknya..memang die tak nak nyusu..kalau paksa bagi siap gigit lagi..tapi bila je aku dah keguguran terus die nak balik mnyusu..

Seriously rindu moment2 masa hadif menyusu..comel je hadif dalam dakapan aku..siap bergurau senda dengan die time menyusu tu..sekarang ni..nak peluk pun dah susah..die nak bebas je..rimas kena peluk..huhu..tapi bagus jugak sebagai persiapan untuk adik hadif menyusu plak selepas ni..insya Allah..cakap pasal adik Hadif hari ni dah masuk 33 minggu 3 hari dah preggy..Alhamdulillah..bulan depan due..doakan dipermudahkan urusan aku tu..huhu..

Hadif wean off tepat umur die 2 tahun ikut kalendar islam

Part ni aku langsung x rancang..sebab tengok hadif macam tak de gaya nak wean off pun..dalam masa sebulan dua sebelum tu die kuat lagi menyusu..pantang offer..aku dah risau dah macam mane la hadif ni nak stop mnyusu..masa hari birthday die 2 tahun tu aku memang dah start jadual baru..rutin baru..balik keje terus masak,masuk dapur x de nak baring2 dulu..selalunya hadif akan mnyusu time2 aku balik keje tu la..lepas tu die sibuk2 main penat terus tido..kira macam die terlupa dah nak mnyusu.. so lepas la satu hari..then bila satu hari hadif tak mnyusu..kena plak hari yang sesuai macam tu terus la aku dengan suami plan nak stop kan die menyusu terus..hehe..

Ada jugak hadif tetiba teringat nak menyusu..tapi kitorang cepat2 ralit kan die..so die dah lupa nak menyusu..kira nya dah sebulan jugak la hadif dah wean off..sekarang die suka main olok2 bagi superman die nyusu mama die..kire die dah ok la tu..hehe

Ini la budaknya yang disebut2..hihi..tengah buat peace..mana la die belajar buat peace macam tu..hehehe