March 8, 2016

Sambutan Birthday Hadif yang ke 2 Tahun! Tema Didi & Friends

Assalamualaikum,

Sekejap je bulan Mac dah menjengah tiba..so debaran nak bersalin pun mula terasa..ikut due 27hb ni bersalin..tak nak fikir bukan-bukan pasal nak bersalin ni..doakan ye agar dipermudahkan..Hari ni Hadif cukup umur 2 tahun 1 bulan..seminggu lebih mengarang entri ni..hari ni baru berkesempatan nak up kan entry ni =p


Idea nak buat majlis


Sebenarnya dari umur Hadif setahun dah plan nak buat birthday party ni..tapi masa tu opah dengan mak pak sedara nya pergi umrah..kira tak cukup korum, tahun ni baru dapat nak buat majlis ni..Birthday Hadif jatuh pada 1st day tahun baru cina 8 hb hari isnin..tapi sebab masa tu dekat kampung mama & bukan weekend, so postpone ke hari sabtu minggu tu, 13hb feb..tu pun kira tak cukup korum jugak sebab mak pak sedara belah mama kira adik-adik aku yang duduk area kl ni masih  tak balik dari kg lagi..diorang cuti seminggu kan raya cina hari tu..tapi nasib baik la dah celebrate jugak dekat kg..Alhamdulillah rezeki bisness suami pun bertambah baik so kitorang pun proceed dengan birthday party Hadif yang ke-2 tahun ni..

Tema Majlis


Buat masa ni Hadif memang giler dengan kartun lagu kanak-kanak didi & friends..pantang offer tengok dekat hp & bila keluar dekat tv (astro ceria) terjoget-joget die..hihi..kitorang pun panggil Hadif dengan panggilan manja nama seakan-akan bunyi didi..kira macam kena la tema ni dengan die..cuma tak dapat la nak prepare semua item macam doorgift ke,sticker ke, t-shirt ke sebab kartun didi & friends ni tak meluas lagi orang buat bisness macam upin & ipin..Yang dapat kitorang prepare untuk menghidupkan tema tu dengan tempah banner..lepas tu buat 'TQ' tag yang print atas kertas A4 je untuk stapler dekat doorgift..selain tu jugak kitorang beli belon berwarna-warni yang ton kaler ikut tema didi & friends..last but not least buat kek tema didi & friends..kek ni khas disponsor oleh mak sedara hadif..siap ade patung-patung main bola lagi sebab bola pun fevret Hadif =)

detect tone kaler guna aplikasi online..lupa dah website mana


Simple decoration untuk doorgift yang dalam die ada air kotak & jajan-jajan sikit

Menu makanan


Alhamdulillah sekali lagi sebab majlis birthday dekat rumah opah ni berjalan lancar sebab dah ada tukang masak khas..salah sorang mak sedara Hadif memang dah selalu masak banyak2 & sedap..boleh dikatakan hampir setiap tahun mesti ada majlis rumah terbuka die buat..kira memang dah biasa la dengan buat makan-makan macam ni.. masa nak pilih date & jemput orang hari tu pun kena tunggu dulu cuti die approve baru boleh jemput sebab orang yang tersangat penting kan..x de kak ipar aku tu tak de la berjalan majlis tuu..hihi..cuma nak kena topup sikit2 makanan macam kuih..x sempat la semua kak ipar aku tu nak buat..Antara menu yang disediakan masa majlis sambutan birthday hadif hari tu..bihun sup, nasi impit kuah kacang, pulut kuning, daging dendeng, rojak, fries, nugget, sosej, kuih karipap, popia, kasuwi, cheese tart, air sirap & kek birthday (menu makan petang).. kali ni tak dapat nak buat candy buffet ke ape sebab masa terhad..tak sempat nak plan pun..balik dari kg. hari selasa then rabu sampai jumaat keje..sabtu dah majlis..terkilan tak sempat snap gambar makanan..member punya suami siap berapa kali bertambah2..kira ok la makanan hari tu..


Kek birthday Hadif 

Tema Baju sedondon kami 3 beranak


Tak terfikir pun nak pakai baju kaler peach hari tu..sebab cari baju tuan birthday dulu yang berkenan warna peach..so kitorang mama papa die follow je la kaler tu..baju aku dengan Hadif senang je nak cari..tapi baju papa die..bukan main susah lagi..tak tahu la sebab cari dekat aeon taiping, dekat kg. so tak banyak pilihan..kaler peach untuk lelaki pulak tu kan..agaknya memang kurang pilihan..lastly jumpa jugak yang berkenan di hati papa..

keluarga kecil kami <3 td="">


Idea decoration Birthday Hadif yang ke-2 tahun


Boleh dikatakan idea nak deco-deco ni datang secara spontan.. tempahan banner tu memang betul2 menaikkan suasana majlis tu.. asalnya aku design sendiri guna aplikasi online pixlr..tapi bila bawa copy ke kedai printing diorang cakap gambar pecah/tak sharp so diorang suggest untuk design semula..add on cost rm30 untuk design semula..memang terkilan sikit tak guna design yang aku buat sendiri tu..tapi nasib baik la boleh guna jugak design tu untuk TQ tag doorgift dengan edible image yang letak atas kek tu =) Decorasi belon plak semangat aku dengan suami tengok youtube pagi-pagi..tengok tutorial macam mana nak gabungkan belon-belon dengan cara yang mudah..Alhamdulillah menjadi juga plan tu..asalnya nak minta tolong semua sedara mara yang ada untuk tiup belon.. aku tak termasuklah sebab dah kira sarat mengandung kan..kalau tiup-tiup terbersalin apa pun tak dapat..hihi..lastly suami pergi beli alat untuk tiup belon tu..senang kerja..bukan mahal pun dalam 2 ringgit macam tu je alat tu.

Kain latar warna biru muda tu sebenarnya kain deco-deco masa akikah hadif 8 bulan dulu.. nasib baik mertua ingatkan tentang kain tu..so recycle balik guna kain tu untuk majlis hadif kali ni..tapi yang kelakar bila dah deko-deko tangkap gambar ade sedara tanya kenapa tak iron kain tu..nampak kedut2 kesan lipatan..ade terfikir tapi macam leceh je nak iron kain panjang2 macam tu =) 

Ada jugak plan nak buat bunga tisu untuk tambah dekorasi tapi tak sempat..barang-barang nak buat bunga tu dah ada..cuma tinggal nak buat je..tapi sampai ke sudah tak sempat nak buat..tak pe lah simpan idea tu untuk next birthday or insya Allah birthday adik Hadif plak nanti..



Tetamu Majlis


Target jemputan dalam 150 orang..tapi rasa tak sampai banyak tu yang datang..tengah musim-musim cuti sekolah kan..ramai yang tak balik lagi dari bercuti dekat kg. macam adik-adik aku tu..tapi majlis tetap diteruskan dengan kehadiran jiran tetangga, sedara mara & kawan-kawan.. Alhamdulillah dapat jumpa beberapa kawan lama & kawan baik masa zaman belajar dulu..disebabkan kehadiran kawan-kawan aku ni ralit asyik bersembang terasa kejap je masa tup-tup dah malam..hihi..

Alhamdulillah jugak tak banyak sangat makanan yang berlebih.. mungkin sebab kak ipar aku memang dah berpengalaman buat majlis makan-makan macam ni.. so tak ada la kes membazir..yang lebih-lebih tu sedara mara pakat tapaw bawak balik..

Secara overall aku & suami berpuas hati dengan majlis sambutan hari lahir Hadif yang ke-2 tahun ni..sempat rakam video masa Hadif potong kek & semua nyanyi2 dekat die..muka die macam terpinga-pinga je..ye la 1st timer sambut birthday ramai-ramai..hehe..Insya Allah kalau ada rezeki lagi tahun depan boleh buat macam ni lagi =)

Hadif dah comot-comot time ni, masa ni dah lewat petang dah.. Bergambar dengan best friend ni aktiviti wajib kalau berjumpa =)