April 21, 2017

My Luvly Daughter Dah Masuk Umur Setahun!

Assalamualaikum,

Kirenya genap setahun tak update blog.. entri terakhir sebelum ni yang update kronologi bersalin anak kedua..masa tu update dalam pantang lagi tu..kira ni entri pertama bila umur menginjak ke angka 30an.. harap yang muda mudi sudi baca lagi blog akak ni..haha

My luvly daughter hujung bulan lepas dah masuk umur setahun dah..rasa rugi tak update perkembangan die dekat sini..nanti kalau blog ni masih ada, masa anak2 dah besar boleh la diorang baca mama mengomel apa dalam blog ni kan..

Mungkin tak ada yang perasan pun blog ni dah lama di'private' kan..means readers tak boleh baca content dalam blog ni.. baru-baru ni je baru open balik dengan wajah baru..kali ni tak pakai template pape pun..pakai apa yang ada dalam blogger ni je..header je gigih cari cari background & edit sikit2..

Eh nak cakap pasal blog ke pasal anak ni ye..excited macam jumpa kawan lama bila almost setahun tak update blog..hihihi..my luvly daughter si Nur Hasya Hazirah tu masih belum berjalan lagi. Perkembangan die sangat cepat kalau nak dibandingkan dengan abang die (mungkin sebab perempuan)..tapi bab berjalan ni die macam belum bersedia lagi agaknya..

Umur 4 bulan die dah meniarap..6 bulan dah start merangkak..7 bulan dah berdiri..8 bulan dah tumbuh gigi(ni sama dengan abangnye)..sekarang dah pandai berdiri sendiri..kalau kita acah2 lepas dia adalah dia dapat berjalan setapak dua..lepas tu dia duduk..gigi atas dah 4 batang bawah baru 2..

Pengasuh Hasya cakap dia agak garang..kalau berebut barang mesti dia dapat sebab tangan dia kuat dengan kuasa jeritan die..haha..makan plak alhamdulillah Hasya jenis senang makan..tak macam abang dia dulu susah makan..mungkin sebab tu jugak Hasya masih mnyusu penuh susu ibu walaupun bekalkan dia tak banyak pun..sebab cukup makan so tak risau dia lapar..

Ni la serba sdikit cerita tentang anak dara kecik aku sorang ni..in shaa Allah lepas ni akan ada lagi cerita2 tentang dua beradik ni..harap tak jumpa balik tahun depan plak..hahaha

Nur Hasya Hazirah 1 Tahun!

No comments: