Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni baby dah cukup sebulan..kalau kira hari dah 32 hari tapi ikut date 25hb baru cukup sebulan..hari ni nak cerita pengalaman bersalin untuk bacaan bakal2 ibu ataupun ataupun yang bakal menjadi ibu untuk anak kedua..lain perasaan dari nak sambut anak 1st..nervous semacam..sebab kita dah ada experience kan hadapi saat-saat mendebarkan itu..So hari ni nak cerita sikit kronologi aku bersalin anak kedua ni..
21 Mac 2016 (Isnin) - 24 Mac 2016 (khamis)
Hari ni aku dah start cuti seminggu dari due date bersalin 27 Mac..semua macam tak suggest aku cuti awal..diorang kate takut bosan la..rugi cuti bersalin la..tapi aku tekad amik jugak cuti seminggu awal ni dengan sebab nak spent masa seminggu cuti ni dengan anak sulung, Hadif.. lepas ni perhatian akan dibahagi dua sebab anak dah dua kan..lagipun pengalaman bersalin anak pertama sehari awal dari due date buatkan aku yakin mungkin kali ni akan bersalin awal jugak..tapi tak seawal orang lain la..orang sekeliling yang mengandung sama semua bersalin awal seminggu la dua minggu la..memang saiko betul..
Dalam masa 4 hari ni jalani rutin macam seorang surirumah yang lain..membasuh, mengemas, memasak, cuci bilik air, main dengan anak..maksudnya kekal aktif dengan harapan boleh trigger rasa sakit bersalin tu..risau sangat jadi overdue sebab takut kena induce..sakit yang macam senggugut tu ada la jugak kadang-kadang rasa..lebih-lebih lagi kalau lepas memasak..sebab masa masak aku banyak berdiri..so mungkin baby makin menekan dekat bahagian bawah tu..
Hari khamis tu aku alami sakit senggugut tu agak kerap..rasa sampai malam ada 3 ke 4 kali jugak..tapi aku layankan je la sakit tu..dalam hati ada juga rasa macam dah dekat je ni..tapi memang kali ni aku bergantung pada tanda bersalin je..if dah turun tanda means pecah ketuban ke turun darah ke terus laju-laju g hospital..hari tu jugak mak mertua dengan kakak ipar datang rumah..kira datang & tidur semalam la..malam tu sempat g uma abang ipar yang tak jauh dari rumah ktorang..siap sembang2 lagi pasal hospital shah alam..konon2 nak cuba bersalin dekat sana..tapi nampaknya tak kesampaian nak cuba hospital baru tu..
Malam tu menu terakhir sebelum bersalin & berpantang aku..makan pisang cheese dengan jus tembikai..nak makan berat2 pun dah tak lalu..balik rumah sakit perut membuang..dalam cahaya lampu kuning tak perasan dah turun tanda sikit..sebelum tidur plak sempat berseloroh dengan suami.."baby nak keluar 25 hb ye..ok jugak date ni"..tapi suami cakap "tak la baby nak keluar bulan empat"..nada macam dah berhenti berharap..Ye la sejak usia kandungan dah cukup bulan die dah dalam mode standby tapi baby tak keluar-keluar jugak..hehe
25 Mac 2016
12am - 3am++

Tidur dalam kepanasan semacam & antara jaga & lena layan sakit kontraksi..siap mimpi2 pasal hal bersalin lagi tu..
3am++
Kontraksi dah sampai tahap 5 minit sekali yang buatkan aku terjaga dari tidur..masih confuse..ni kontraksi biasa yang macam senggugut or dah nak bersalin..pergi bilik air cek pantiliner (sentiasa pakai dihujung-hujung masa ni untuk senang cek if turun tanda)..pantiliner kosong x de tanda..lepas tu pergi jamban plak ingat nak berak..tapi makin yakin sakit nak bersalin yang setiap 5 minit..jamban dekat rumah jenis yang cangkung risau kalau terberanak ape x dapat..huhu..tak jadi nak cuba berak..tengok2 pantiliner dah turun tanda ada darah sikit..
Terus kejut suami untuk siap-siap pergi hospital..beg baby dah ready..cuma nak topup2 barang mama sikit je..kebetulan mak mertua dengan kakak ipar tidur dekat rumah..so tak payah pagi2 nak ketuk pintu rumah pengasuh untuk mintak jagakan hadif..Hadif tersedar jugak dari tidur.. nangis jugak la tahu mama papa die nak keluar..kalau nak di ikutkan rumah dengan hospital sungai buloh tu kire jauh jugak..jauh sebab banyak trafik light..sebabkan sakit bersalin tengah malam kan..tak de kereta atas jalan..suami pun langgar je semua trafik light yang tengah merah..
masa dalam kereta tu memang bersabar jela tahan sakit kontraksi yang semakin kerap tu..nasib baik sangat sakit boleh tahan lagi..risau jugak takut terbersalin dekat atas kereta..dalam perjalanan ke hospital sempat minum air zamzam je..mak mertua ada bekalkan air selusuh lagi macam masa nak bersalinkan hadif..tapi sama macam anak 1st tak sempat nak minum pun..
3.40am - 3.52am
Sampai hospital terus register dekat kaunter.. disebabkan dah pernah datang hospital tu..so urusan jadi cepat..terus ditolak masuk dalam bilik nak cek bukaan guna wheelchair..lepas tu disambut oleh nurse yang tengah mamai2..yakin yang tu nurse sebab die pakai uniform putih..aku cakap la dekat die yang aku dah sakit setiap 5 minit tu..nurse tu terus cek bukaan..tengok2 bukaan dah 7cm!!

Lepas nurse tu dah cek bukaan mula la rasa sakit yang macam nak meneran tu..sampai aku tak sempat pun nak tukar baju hospital..sempat tukar kain je...nurse tadi tu terus tolak aku masuk labour room..dalam bilik tu sorang bidan/doktor perempuan dah standby..sekali lagi dr tu cek bukaan..Alhamdulillah dah full means dah 10cm..kira dah dapat green light untuk meneran..
Masa tu jugak suami boleh masuk untuk temankan bersalin..time aku nak bersalin tu disebabkan tengah2 pagi..sorang je yang sambut kelahiran baby girl aku..entah berapa kali push tanpa ade staf hospital lain yang tolong push perut bagi kata semangat sorakan semua tu..baby girl lahir tepat jam 3.52 pagi..Alhamdulillah..
Keluar je baby terus baby nangis & dr tanya dapat baby apa..macam blur2 aku jawab baby girl..dr potong tali pusat baby & terus letak baby meniarap atas perut aku..kecik je baby time tu..tapi berbeza betul dengan abangnya..baby girl putih kemerahan..kalau abg die dulu gelap sikit..hihi..ada la dalam 10 minit baby dekat aku lepas tu diorang amik baby untuk dimandikan..sebelum tu dah siap letak tag pink "baby of syazlina" dekat kaki baby..bila dah angkat baby tu baru perasan baby dah berak atas perut mama die..hehe
4am - 4.35am
Sesi keluarkan uri, darah beku & proses jahit menjahit bermula..huhu..Allah bagi aku kelebihan untuk tak sakit nak bersalin yang lama..tapi masa meneran tu rasa memang aku tak pandai.. terangkat bontot jugak..huhu..kalau hadif dulu luka panjang dekat bahagian bawah..tapi kali ni luka merebak ke bahagian atas pulak..aku guna perkataan merebak sebab aku ni jenis kulit merekah diorang cakap..bayangkan la macam gempa bumi tu..merekah satu tempat terus jangkit tempat lain..lebih kurang macam tu la..kalau tengok buku pink tu luka aku masih dikategori 1st degree of tear..tapi azab jugak la time sesi jahit menjahit tuu..huhu
Tambah kurang best bersalin kali ni sebab dapat dr yang tak friendly..tak boleh salahkan die sangat mungkin sebab die penat bekerja sampai lewat malam tu yang emosi jadi tak stabil..sepanjang proses bersalin die asyik nak marah2 aku & kurang bagi kata semangat..time nak jahit yang sangat memeritkan tu dia siap cakap "sape suruh tak dengar cakap sy"..maksud die yang part terangkat bontot tu..suami jadi saksi la betapa dr tu tak friendly langsung..huhu..tapi part yang agak bagus bila dah setel semua urusan die means sambut baby & proses jahit menjahit ktorang saling bermaafan..sebab masing2 pun ada salah silap..
5am++
Ditinggalkan bersama baby & suami masuk dalam labour room sekali lagi untuk azan & iqamatkan baby..lepas tu suami balik untuk uruskan uri (basuh & tanam uri)..dalam labour room hospital bagi minum air milo dengan biskut untuk bagi tenaga lepas bersalin..tapi hanya mampu minum milo je..x de selera lagi nak makan..
Part yang agak sadis bila nak dibawa ke wad..baru lepas bersalin tapi ditolak guna wheelchair je..cerita dekat mak..mak aku yang pernah bersalin 9 kali ni pun tak pernah kena tolak guna wheelchair lepas bersalin..
Alhamdulillah petang hari yang sama mama dengan baby dah boleh discharge dari hospital..disebabkan bersalin kali ni tak de masalah susu badan, baby pun kenyang & elok tidur, baik je dekat wad..tak meragam..Alhamdulillah..
5 comments:
Seriau membacanya... semoga sy diberi kekuatan mcm syaz...
Assalamualaikum :) Fiza dulu pun lepas bersalin, 3 jam kemudian ditolak masuk ke wad guna wheelchair. Ikut ja la.huhu masih Mamai2 siap disuruh tanda tangan ntah apa oleh nurse. Bestnya, senang bersalin, tahniah!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
kd 10
nike shox for men
bape hoodie
converse outlet
ralph lauren uk
bape hoodie
adidas tubular shadow
golden goose sneakers
christian louboutin
golden goose sneakers
replica chanel bags ebay replica bags thailand replica bags philippines wholesale
Post a Comment