February 24, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: TTC & Hadif

Assalamualaikum

Akhirnya sampailah ke entry terakhir 20 tentang Hazmi Hadif..tengah buat entry pasal si kecik ni mula la teringat dekat dia..hari ini super extra rindu sebab dah spent 5 hari penuh bercuti..hari ni masuk kerja dah..ntah macam mana budak kecik tu..aku yang mama die pun dah macam "babysick"..betul la term ni kan sebab kalau duduk asrama rindu rumah "homesick".huhuhu..selalu time rehat akan pergi jenguk die..ni kalau opismate bawak moto yang pakai starter tu la (x reti start moto guna kaki)..hari ni die mc plak..ni yang terasa nak beli moto sebijik ni..huhu..korang dengarkan je la luahan hati seorang mama yang merindu ni k..

back to the point.. nak dapat sorang si kecik hadif ni pun aku ber'ttc' jugak taw..ttc tu maksudnya 'try to conceive'..macam2 usaha aku buat walaupun kalau ada yang rasa macam sekejap tempoh 5 bulan lepas kawin baru pregnant tu..tapi susah payah berusaha tu memang tak akan lupa..

1st of all adalah niat..lepas kawin je memang dah niat nak baby cepat..tak de langsung niat nak berhoneymoon dulu ke..nak cari keje tetap ke..memang bulat hati nak baby..so start lepas kawin je memang terus berusaha..lepas tu kena jaga permakanan..lepas kawin aku makan benda2 yang berkhasiat je..tak de minum minuman bercafein, tak makan fast food, tak makan asam jeruk semua tu..korang bayangkan la aku ni gila kopi memang seksa pagi2 tahan ngantuk tak minum kopi..fast food plak bila lalu je kfc, mcd pizza semua tu bila lama sangat tak makan mula la teringat2..

Then usaha suami isteri..ni korang boleh google la entry lain ye..tak reti nak cerita macam mana..Part yang agak miracle bila aku mula amalkan doa nabi Zakaria..tak sampai sebulan dah pregnant..Alhamdulillah =)..



Rasa tak pernah cerita dekat sesiapa selain suami je tahu yang pernah pergi hospital ingat confirm dah pregnant..sebab pernah baca yang pregnancy test kalau ade sikit2 bayang2 pun kira dah pregnant..excited pergi hospital test sekali lagi tengok2 negatif..sedih woo..kenangan sungguh bila teringat usaha keras nak dapatkan si Hazmi Hadif ni..lagi terasa bila lepas kawin period asyik lambat je..kadang2 lambat nak dekat 2 bulan tu yang rasa macam pregnant tu..& setiap kali test sebelum nak dapat hadif ni hasilnya negatif je..Apps dekat phone asyik menatap je sebab berkira-kira bila la hari subur untuk bersama suami untuk dapatkan baby..

Supplimen yang aku pernah ambil masa berusaha tu air jus delima gulsan..mungkin jus ni jugak ada membantu dari segi kesuburan..yang aku ingat nak masuk bulan ke6 usia perkahwinan kami..aku mula dah tak mau tension2 fikir nak baby..gulsan ni pun dah stop minum..cuma aku amalkan pemakanan sihat, fikir positif, berdoa terus menerus..Alhamdulillah tepat monthsary perkahwinan ke6 buat pregnancy test Alhamdulillah pregnat..syukur Ya Allah..

tak percaya sampai 2x test..

Sekarang dikelilingi adik, ipar duai, saudara mara & sahabat yang masih ber'ttc'..if korang ada baca entry ni teruskan berusaha & yakin dengan rezeki Allah..mungkin rezeki korang ada tempat lain or rezeki baby otw..jangan putus harapan..pernah rasa ape yang korang rasa walaupun dalam tempoh sekejap.huhu

February 18, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Perkembangan Hadif sebelum setahun

Assalamualaikum

Hari ni seumpama jumaat..ni kes tak sabar nak bercuti la ni..hehe..insya Allah malam malam ni nak balik kg..rindu sangat2 dekat emak ayah & adik beradik dekat kg..semoga perjalanan malam ni selamat & dipermudahkan..harap jugak kurang jem..aminn..

Hari ni nak cerita tentang perkembangan hadif sebelum menginjak usia 1 tahun ni..untuk 1st achievement adalah senyum..hadif start senyum masa umur sebulan lebih..masa ni perasan tak perasan je..mula2 hadif senyum dekat makpah die..sebab mak aku pandai agah..hihi..dah masuk 2 bulan makin terserlah senyuman die..

Then meniarap..hadif betul2 meniarap masa umur dia 5 bulan..masa 3 bulan dah nampak die punya minat nak meniarap tu..hehe..masa mula2 nampak die asyik nak cuba meniarap ni rasa nak tolong je die untuk meniarap..tapi opahnya tak bagi dia kata biar usaha sendiri..

Lepas masuk 6 bulan & 7 bulan hadif asyik gian nak meniarap & berpusing2..ni la cara die nak bergerak..walaupun tak kedepan lagi means menjulur or merangkak tapi time ni hadif dah nampak lasaknya..masa tidur malam dekat kanan katil esoknya dah dekat kiri katil dah..dari elok2 tengah ruang tamu tengok2 dah nak dekat pintu dah..ni la hasil die berpusing2 tu..

Bila masuk 8 bulan time ni die dah start menjulur ke depan..huh lap peluh lah sejak die boleh menjulur ni memang laju je die kalau nak pergi dekat sesuatu tempat tu..kalau rumah sewa ni dia suka pergi dapur..kalau ade mama ke papa die mandi ke depan bilik air la die..perkembangan menjulur ni agak lama..seminggu sebelum setahun ni baru dia start berdiri..agaknya die selesa bergerak dengan menjulur je..hehe..merangkak ade jugak tapi ikut mood dia la tu pun tak lama..

Sejak hadif semakin lasak ni nampak la die dah susut sikit..tapi Alhamdulillah la check up setahun hari tu semua naik berat & tinggi, bmi pun normal..pasal perkembangan intelektual plak masa hadif 10 bulan lebih mcm tu..hadif bila tanya kedudukan sesuatu tempat contohnya gambar mama papanya die akan tengok tempat gambar tu..tapi guna pandangan la..sama macam dekat nursery tanya mana ayam die tengok gambar ayam..hehe

Hadif kan kategori susah makan..tapi bila umur die nak masuk 11 bulan ni die dah pandai nak makan dah..pantang bila tengok fries..nangis sebab nak kan fries tu..bila bagi elok senyap duduk makan..bila fries tu habis die nangis nak lagi..alhamdulillah sebab risau hadif tak nak makan sampai ke besar..lepas ni boleh la pelbagaikan masakan untuk die..hihi


February 16, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: luruh tali pusat hari ke-5

Assalamualaikum,

Selamat bersua lagi setelah berhari2 tak update blog..ktorg 3 beranak baru baik dr demam batuk selesema..huhu..alhamdulillah..nasib baik hadif dihinggapi batuk & selesema sikit je..kalau sampai demam haru biru jadinya dh semua tak sihat =p..hari ni nak up entry yang simple2 je..

Aku kira tak berkesempatan lagi nak handle tali pusat anak..means yang nak kena cuci2 & letak ubat dekat tali pusat tu..sebabnya hadif masa hari ke5 dah luruh tali pusat..masa tu kan mak aku yang masih handle baby...bila aku dah tak berapa sakit dekat jahitan bawah & dah selesa duduk baru la dapat nak handle anak sendiri..

Mak aku cakap kalau baby gugur cepat tali pusat maknanya tak degil..budaknya dengar kata..harap2 betul la macam tu..tapi sekarang hadif tak pandai dengar kate lagi..bila kata "no" jegil mata sume tu..die sengih je..lagi2 bila die menyulur g dapur..lagi di tegur lagi laju la die nak ke dapur tu..tapi kalau panggil die ade jugak menoleh lepas tu sambung nyulur..geram je bila ingatkan pesal budak ni..hehe

Tali pusat hadif tu masih ada dalam simpanan aku..plan nanti nak tanam je..ade orang2 tua suruh simpan sebab nak buat ubat kembung perut la..nak simpan sekali ngan tali pusat adik beradik yang lain supaya tak bergaduh la..macam2 kepercayaan tentang tali pusat bayi ni kan...tak nak percaya diorang lebih berpengalaman..so korang decide la sendiri k =p

February 11, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Short Vacations

Assalamualaikum

Kembali dengan entry 20 tentang Hazmi Hadif.. am i too obsessed dengan anak? Maybe.. sebab rasanya dah lama x berselfie..gambar berdua dengan suami pun dah tak banyak..facebook penuh gambar anak, dah macam fb tu fb anak..sama jugak dengan blog ni..yang menarik nak bercerita sekarang pasal anak je..sorry ye..nanti habis entry 20 tentang Hazmi Hadif ni insya Allah akan update pasal lain jugak..

Hadif short vacation ataupun percutian singkat ni melibatkan masa hadif dalam perut & diluar perut.. Boleh ke macam tu? Hihi..ye la macam kitorang bercuti dekat hatyai tahun lepas kan hadif dalam perut masa tu.. Percutian ke hatyai ni dengan family mama.

Then masa hadif 4 bulan bawak dia pergi cameron highlands.. Percutian family papa plak..kira dah merasa la budak kecik ni naik tempat tinggi & jalan berliku2 tu..rasanya masa belah pergi x muntah..masa nak balik ada muntah..huhu..muntah dalam kereta confirm2 mama pun kena sama.. Pergi cameron tu dua hari satu malam je..so tak banyak tempat boleh jalan setakat ladang teh boh, ladang strawberi & tempat2 lain..yang agak terkilan ladang lavender x pernah pergi lagi..nanti kita bertiga g sana lagi k..tapi make sure bukan musim tengkujuh sebab cameron kan tempat banjir lumpur..huhu


Last short vacation Hadif masa hadif 7 bulan..pergi melaka plak.. Time ni mama & papa stress yang amat sebab hadif tak sihat time tu.. Bawak baby berjalan masa tak sihat memang la tak best kan..tapi ni pun percutian family belah papa jugak..dah plan lama kena la ikut jugak ..tempat yang kitorang pergi makan seafood dekat umbai, naik melaka cruise & tempat2 lain.. Dah nama short vacation so tak banyak tempat dapat pergi..

bergambar sebelum naik melaka cruise

So ni la percutian hadif sepanjang usia nye sebelum 1 tahun..so kiranya tak ada lagi percutian yang melibatkan kami bertiga lagi..kena plan la ni untuk next vacation.. Tapi beramai2 bercuti pun meriah jugak..hadif masa balik kg bagan datoh hari tu dah tengok laut..tapi kakinya tak pernah jejak pasir pantai lagi..tunggu la hadif boleh jalan nanti kan baru best tengok hadif lari2 tepi pantai..hehe


godek2 gambar dekat phone terjumpa gambar ni..hadif pernah pergi icity jugak ye =)

February 10, 2015

Happy 1st Birthday anak ku Muhamad Hazmi Hadif!!

Assalamualaikum,

Dek kerana kesibukan weekend lepas menghantar mak mertua & kakak ipar p umrah & hal2 lain..x dapat la nak completekan 20 tentang Hazmi Hadif..masih berbaki 4 entry..insya Allah bakal bersambung selepas entry ini..(fefeling ramai yang menanti entry =p)..Alhamdulillah Hazmi Hadif dah pun cukup setahun..syukur Ya Allah atas amanah teragung kepada hambamu ini..

Untuk tahun pertama ni tak ada majlis sambutan hari jadi untuk Hadif..x cukup korum nak buat majlis kan sebab opahnya & mak pak sedaranya p umrah..nak pospone date lain plak x de date yang sesuai dengan nak cuti balik kg lagi next week..so redho je la tahun ni x de pape celebration..hanya celebration kami bertiga sahaja..lagipun rasa tahun2 pertama ni mama papa hadif je la yang excited birthday hadif ni..hadif macam tu jugak main & main, nyusu, tidur, nangis macam tak ada pape yang berlaku..hehe

Hari birthday hadif dimulai dengan peluk cium & kata2 sayang dari mama papanya..sampai rimas budak tu dikerjakan kitorang..hehe.. Ni pagi2 8hb la..kalau diikutkan hadif lahir pepagi buta jam 3.09am..x daya nak celebrate time2 tuu..pengsan habis kami ber3..pagi tu kami still ada dekat rumah pantai dalam..lepas tu bersiap balik rumah & dari rumah bersiap pulak nak ke one utama..

Kira hari ahad tu shopping barang hadif je la sempena birthday die..mula2 ingat nak beli baju..tapi x jumpa yang berkenan..lagipun dalam kepala aku ni ingat nak beli mainan yang boleh berdiri tolak tu untuk encourage hadif untuk berjalan..dia kan dah pandai berdiri ni..so tak lama dah nak berjalan plak..x kisah la hadif jalan cepat ke lambat..yang penting setiap bulan ada perkembangan baru..tengok dalam buku biru klinik tu pun berjalan dalam 1 tahun 6 bulan..so masih ada masa lagi =)

Hadif dapat topi baru beli dekat h&m.. Harga topi tu x de la mahal sangat.. Smart plak tu..suami la beriya nak beli..kira nak sama macam dia pakai topi jugak..tapi budak kecik ni kalau dia tak perasan boleh la nak pakaikan dia topi..kalau dia perasan memang dilemparnya..hihi

Lepas tu otw balik rumah singgah kedai kek king dekat kompleks sungai buloh..dekat situ ada satu je pilihan kek yang comel2 sikit..so no choice beli yang tu je la..balik rumah goreng2 nugget, fries & sosej buat air so cukup la simple2 menu untuk celebrate birthday Hadif..

Yang mainan tu kitorang beli jugak untuk hadif sebagai hadiah..yang slak sikit kena pasang sendiri plak..siap kena letak sticker sendiri lagi tu..hehe..pasang punya pasang letak hadif atas tu tengok2 tak sampai kaki lagi..kelakar je..x pe la kereta tu boleh main lama..hadif bila diletakkan dekat seat kereta tu & tekan button2 lagu yang ada happy je dia..happy tengok hadif senyum..ini la cerita 1st birthday hadif =)


hadif dengan kereta barunya =)

February 7, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hadif & Maharajalawak Mega Akhir

Assalamualaikum

Bersiaran lagi dari pantai dalam..tidur rumah mak mertua sebab esok nak hantar mak, kakak ipar & suami pergi klia nak buat umrah..tengok semua pakat2 buat umrah agaknya bila la rezki untuk diri sendiri plak ye..tapi sebelum fikir diri sendiri teringat dekat mak ayah yang belum sampai sana lagi..insya Allah kalau dah dijemput ilahi pasti akan ke sana jugak..

Tengah update blog ni sambil tengok maharajalawak mega akhir..ingat lagi tahun lepas sanggup nak tengok rancangan ni sampai doa2 tak bersalin hazmi hadif malam tu..tup2 kena tahan wad jugak sebab air ketuban dah kurang..part yang agak kelakar sampai sekarang aku tak dapat nak tengok full ulangan akhir maharaja lawak mega 2013.

Walaupun hanya sebuah rancangan..tapi bila tengok final mlm ni terus teringat kenangan setahun yang lepas.. Kenangan melahirkan Hazmi Hadif..Cuma nak cakap sikit la yang tahun ni macam dah kureng sikit mlm ni..x kelakar sgt dh..boleh la zero menang sebab diorang boleh tahan kelakar semalam..

February 5, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Demam & Tumbuh gigi

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita tentang hadif demam & tumbuh gg..Alhamdulillah sampai umur Hadif 6 bulan dia tak pernah dapat demam yang lama..demam tu ada jugak tapi hanya sehari dua macam tu lepas tu dah ok..lepas je umur die dalam 7 bulan macam hadif dah mula demam lama2..paling lama dalam 5 hari..huhu..time ni memang mata panda la tak cukup tidur jaga anak tak sihat..

Sejak umur Hadif 7 bulan tu la setiap bulan dia akan demam..smpai the worst case kena warded..masuk 10 bulan baru la boleh berlapang dada sikit sebab Hadif tak demam dalam satu bulan tu..tapi semua pun cakap demam hadif ni sebab nak beralih bulan..demam nak dapat akal la..mungkin ada betulnya..sebab masa bulan2 yang asyik demam tu hadif macam tak banyak perkembangan..bila dia baik demam je baru la nampak perkembangan2 baru..hihi

Mungkin jugak hadif asyik demam sebab nak tumbuh gigi..hehe.. Ye la sejak gigi die yang 1st tumbuh dia dah jarang demam dah..masa tu ada member cakap mungkin gg hadif rapat2 sebab tu asyik demam bila nak tumbuh gigi ni..gigi hadif yang 1st tumbuh masa umur dia 10 bulan++..kelakar bila 1st time dapat tawu pun bila dia minum air masak guna cawan kaca bunyi macam gigi berlaga dengan cawan tu.. Si kecik ni memang suka minum air masak guna cawan..pantang tengok mama papanya minum =)

Sekarang gigi hadif nak masuk 4 dah..2 bawah & 2 atas..yang belah atas tu tak tumbuh habis lagi..baru separuh..masa awal2 tumbuh gigi tu mak aku pelik gigi hadif tumbuh sebatang dulu dekat bawah tu sedangkan selalu baby tumbuh sepasang terus..sengih nampak sebatang je gigi..hehe

February 4, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Majlis Akikah

Assalamualaikum

Hari ni baru masuk entry yang ke 14..lagi 6 entry tentang Hazmi Hadif sempena birthday hadif yang pertama..birthday si kecik ni hari ahad ni..ada yang kena update satu hari 2 entry ni ..fuhh..

Alhamdulillah majlis akikah cukur jambul hadif dah selamat berlangsung masa hadif umur 7 bulan++ lebih tepat pada 21/9/14.. Untuk majlis tu kitorang tumbang seekor je kambing(lelaki sepatutnya kena 2 ekor kan) ..jadi la buat yang termampu dulu..lagipun hukum akikah ni tak wajib kan..hukum akikah sunat mu'akkad iaitu sunat yang amat digalakkan..

Sejak Hadif masuk umur 7 bulan die dah mula demam lama2..rasanya masa tu gusi dah bengkak- bengkak nak tumbuh gg..(entry hadif dan demam next entry ye).. Sehari sebelum majlis tetiba hadif demam..pe lagi sikecik tu asyik meragam je..dah la masa tu aku kelam kabut nak siapkan bunga telor & hiasan baby cot untuk majlis die..malam bila die tidur cepat2 aku siapkan bunga2 tu..alhamdulillah keesokan hari masa majlis tu suhu badan dia dah turun..bunga telor dengan katil dia pun siap hias..nasib baik mak dengan adik ade datang dari kg untuk tolong.

Pasal menu makanan semua keluarga suami yang banyak uruskan..adik beradik semua berkampung untuk masak sehari & malam sebelum majlis..kira majlis ni kitorang family masak sendiri la..cuma kambing tu je suruh yang pakar masak sebab kalau tak pandai masak nanti kambing tu bau kan.. Masak untuk 100 lebih orang je..Alhamdulillah semua lauk licin tak ada yang membazir..

Untuk majlis tu tak dapat nak jemput semua sebab buat majlis kecil2 lan je..Alhamdulillah majlis berjalan lancar..hadif pun time orang bermarhaban berzanji semua tu dia tidur je..so x de la dia meragam masa majlis tu..baby cot hadif hari tu buat hiasan je la sebab dia tak mo duduk dalam tu..hehe..ok la adakan baby cot tu buat syarat je..


February 3, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Cara tidur & Posisi tidur

Assalamualaikum

Si kecik Hadif dah tidur so nak curi masa sikit untuk update blog..Hari ni entry tentang cara & posisi tidur Hadif..Alhamdulillah bila usia Hadif nak masuk setahun ni senang jugak die nak tidur..tapi ni kalau nak tidur dengan aku la nyusu badan kan..bagi nyusu sikit terus tidur lebih2 lagi kalau die dah penat bermain..

Part yang aku agak kecewa sikit dengan nurseri yang aku hantar hadif ni diorang bagi tidur hadif guna buai..mula2 tawu tu macam rasa menyirap jugak darah ni..terkejut pun ada..dah cakap kanhadif tak tidur buai..tp nak buat macam mana..kalau dengan aku pun susah nak tidur nak harap nyusu badan je..kalau epok2 tu x de nya nak jalan..aku tengok hadif dekat rumah ok je siang & malam senang tidur so aku relakan kerana terpaksa je la hadif naik buaian dekat nurseri..

Dulu pernah terbaca  dekat tenet ke kat mana ntah baby or budak bawah 2 tahun elok tidur tak pakai bantal..sebabnya tak bagi budak tu esok besar takut jalan bongkok..so aku praktikkan untuk hadif..sebab dulu dia payah nak tidur lama..try tak bagi bantal elok tidur lama..tapi sekarang dah terbalik..hadif macam cepat lena kalau letak atas bantal..ikut je la kehendak sikecik sorang ni..
Hadif sekarang tidur dah tak lasak..jenis tidur setempat ikut mama & papanya..kalau mula2 dulu dia pandai meniarap lasak la jugak..mama dari tidur hujung sebelah kanan esoknya dah tidur hujung sebelah kiri..dalam tidur pun ko meniarap pusing2 ye anak..hihi..Alhamdulillah hadif tak pernah jatuh katil.. ye la masa dia dah pandai menjulur kitorang dah letak tilam tidur dekat bawah..safety first..hehe..tilam pun sekarang Hadif dah relax turun naik..so x de la rase risau sangat..

P/s: ade teacher dekat nursery hadif cakap tak elok tangkap gambar orang tidur..ntah knape..so tak de la gambar hadif tuk entry ni ye..

February 2, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hadif cucu sulung lelaki dalam keluarga

Assalamualaikum..

Welcome februari..bulan birthday mama & Hadif!!.. Tak sampai seminggu nak celebrate birthday budak kecik sorang ni..untuk tahun ni hadif mungkin tak memahami tentang birthday semua ni..tapi kita celebrate je la kan walaupun insyaAllah celebrate bertiga je..kenangan tuu setahun yang lepas macam mana pengalaman 1st time bersalin & membesarkan hadif dari tak pandai apa2 sampai dah nak berjalan dah ni...hihi

Ada beberapa lagi entry sebelum sampai ke hari birthday Hadif ni..so hari ni nak update entry yang ada kaitan dengan salasilah keluarga sikit..Hadif dalam family belah mama & papa merupakan cucu sulung lelaki..mesti excited opah kl, mak pah dengan atok kan semua pakat dah ada sepasang cucu..

Disebabkan hadif tinggal dekat dengan sepupu dia yang anak abang suami..rasanya dia akan rapat dengan sepupu dia yang nama Dhia Hana Delisha ni la..rasa dah jadi teman sepermainan sebab selalu jumpa..berbeza dengan yang dekat kg. Anak abang aku nama Nur Qaseh Qalesya (nama anak zaman sekarang terbelit lidah nak sebut..hihi) ..jarang jumpa so tak tahu la nanti kalau jumpa diorang bermain macam mana..hehe..kesian jugak kat hadif kan..cepat la Dhia or Qaseh dapat adik boboi pulak boleh la Hadif dapat geng..just kidding =p 

hadif & Qaseh bersama opah dengan atok taiping