Assalamualaikum
Hari ni baru masuk entry yang ke 14..lagi 6 entry tentang Hazmi Hadif sempena birthday hadif yang pertama..birthday si kecik ni hari ahad ni..ada yang kena update satu hari 2 entry ni ..fuhh..
Alhamdulillah majlis akikah cukur jambul hadif dah selamat berlangsung masa hadif umur 7 bulan++ lebih tepat pada 21/9/14.. Untuk majlis tu kitorang tumbang seekor je kambing(lelaki sepatutnya kena 2 ekor kan) ..jadi la buat yang termampu dulu..lagipun hukum akikah ni tak wajib kan..hukum akikah sunat mu'akkad iaitu sunat yang amat digalakkan..
Sejak Hadif masuk umur 7 bulan die dah mula demam lama2..rasanya masa tu gusi dah bengkak- bengkak nak tumbuh gg..(entry hadif dan demam next entry ye).. Sehari sebelum majlis tetiba hadif demam..pe lagi sikecik tu asyik meragam je..dah la masa tu aku kelam kabut nak siapkan bunga telor & hiasan baby cot untuk majlis die..malam bila die tidur cepat2 aku siapkan bunga2 tu..alhamdulillah keesokan hari masa majlis tu suhu badan dia dah turun..bunga telor dengan katil dia pun siap hias..nasib baik mak dengan adik ade datang dari kg untuk tolong.
Pasal menu makanan semua keluarga suami yang banyak uruskan..adik beradik semua berkampung untuk masak sehari & malam sebelum majlis..kira majlis ni kitorang family masak sendiri la..cuma kambing tu je suruh yang pakar masak sebab kalau tak pandai masak nanti kambing tu bau kan.. Masak untuk 100 lebih orang je..Alhamdulillah semua lauk licin tak ada yang membazir..
Untuk majlis tu tak dapat nak jemput semua sebab buat majlis kecil2 lan je..Alhamdulillah majlis berjalan lancar..hadif pun time orang bermarhaban berzanji semua tu dia tidur je..so x de la dia meragam masa majlis tu..baby cot hadif hari tu buat hiasan je la sebab dia tak mo duduk dalam tu..hehe..ok la adakan baby cot tu buat syarat je..
No comments:
Post a Comment