January 26, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Kecederaan Kecil

Assalamualaikum

Waaa hari ini hari isnin..pagi pulak tu kan(taip entry ni dari pagi tadi)..memang terasa lemau semacam la..Hadif pun pagi2 tadi macam merengek je masa bangun tidur..macam tawu2 nak kena ditinggalkan dekat nursery..tapi yang peliknya sampai2 dekat nursery happy semacam..seronok la tu dekat situ ramai kawan..tempatnya pun luas dan ceria..

Disebabkan semalam hadif terlentang (berdiri dekat tempat yang tak stabil).. So terfikir la nak update tentang kecederaan2 ringan sepanjang usia hadif menjelang 1 tahun ni..ada la 2, 3 kecederaan yang aku ingat..yang super minor kecederaan macam terhantuk meja ke kena geget semut, calar2 tu abaikan la..budak nak membesar kan..huhu..1st time berhadapan situasi baby injured ni agaknya orang tengok muka kita ni macam dah tak de darah kot..memang terkejut n cuak habis..huhuhu..

1st: luka bawah kening terhantuk katil
Dua kecederaan Hadif melibatkan darah..huhu..terasa agak tersayat la hati ni tengok darah anak..dah la baby lagi..first happen masa umur hadif 5 bulan..ikut date pict 13 july 14..masa tu die suka melonjak..bila pak uda (adik aku no.2) die pegang n duduk pulak dekat bucu katil dia tiba2 melonjak n terhantuk dekat katil..bunyi terhantuk tu memang kuat..ingat kan nanti dapat benjol besar..tapi nasib baik tak benjol just luka kecil je..darah pun sikit tak meleleh..huhu..lepas tu pak uda die dah tak mo main ngan hadif..tapi sekejap je la..lepas tu main macam biasa..mungkin rasa bersalah sebab insiden tu..


2nd: jari luka kena kaca
kecederaan ni pulak masa umur die 10 bulan++.. Kali ni berlaku dekat rumah mak lang (adik aku no. 1) die..hadif ni kan bila dah pandai menjulur/ mengesot ni memang laju la pergerakan die..dalam bilik rumah mak lang die tu ada kaca cermin yang pecah..agak cuai la dekat situ sebab kalau apa2 barang pecah patut terus buang je kan..so die main dalam bilik tu tup2 dah berdarah jari kecik die..yang peliknya die tak nangis pun terus je main macam biase..sampai darah pun dah banyak dekat beberapa tempat..huhu..mak lang die yang perasan dulu kejadian tu..terus laju2 bawak p sinki basuh jari yang berdarah tu..masa ni la sikecik mula nangis..maybe sebab baru terasa pedih luka tu..


3rd: terlentang ke belakang
Huhuhu..ni yang paling sadis & rasa ngeri walaupun tak berdarah..bayangkan kita berdiri tegak and terus terlentang ke belakang..tu yang happen semalam..die berdiri dekat tempat yang tak stabil tu yang terjatuh tu..Hadif sekarang memang gian nak berdiri je..so memang kena pantau tak boleh alpa..yang jatuh ni nasib baik la tak benjol and dia masih boleh senyum macam biasa lepas tu..Alhamdulillah..risau je hati mama ni..