January 29, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Hari ni Hadif dah setahun ikut kalendar Hijrah =)

Assalamualaikum..

Hari ni 29 Januari 2015 bersamaan 8 rabiulakhir 1436 hijrah kan?ni tengok dekat kalendar.. Pelik sebab app solat dekat phone lain pulak jadi 9 rabiulakhir..tak kisah la hari ni or semalam budak kecik sorang ni dah cukup setahun kalau ikut kalendar hijrah..wah betapa pantasnya masa & sikecik membesar..

Tak banyak beza pun date kalendar hijrah ngan kalendar masihi untuk tahun pertama ye..kalau kira sendiri punya date birthday ada tua setahun tu ikut kalendar hijrah..hehe..tak percaya korang try la sendiri dekat link NI

Kalau ikut kalendar hijrah ni hadif dah boleh makan macam2 la ye..no more blended food..tapi kena perhatikan jugak takut tercekik.. Alhamdulillah lately dia macam ada selera nak makan tapi sikit2 je la..macam hari tu dekat kedai makan..dia macam cranky semacam..bagi fries elok diam and makan..good boy..sebelum ni bawak kedai makan ok je duduk dekat kerusi baby tu bagi benda2 dia boleh main..sekarang dia dah pandai nak makan jugak..hehe

Celebration untuk birthday hari ni? X ada pape la kot..just wish dekat dia (walaupun x cerdik lagi nak faham semua ni)..peluk cium ketat2 la..tak dilupakan jugak doa yang tak putus2 dari mama semoga membesar dengan sihat menjadi anak soleh & bijaksana..aminn..korang yang baca entry ni please doakan sama ye..

Nak cerita pasal perkembangan Hadif tunggu setahun ikut kalendar masihi ye..

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

comelnya

cik mah said...

Selamat hari lahir hadif...comel...moga membesar ngan sihat n soleh ye..