February 10, 2015

Happy 1st Birthday anak ku Muhamad Hazmi Hadif!!

Assalamualaikum,

Dek kerana kesibukan weekend lepas menghantar mak mertua & kakak ipar p umrah & hal2 lain..x dapat la nak completekan 20 tentang Hazmi Hadif..masih berbaki 4 entry..insya Allah bakal bersambung selepas entry ini..(fefeling ramai yang menanti entry =p)..Alhamdulillah Hazmi Hadif dah pun cukup setahun..syukur Ya Allah atas amanah teragung kepada hambamu ini..

Untuk tahun pertama ni tak ada majlis sambutan hari jadi untuk Hadif..x cukup korum nak buat majlis kan sebab opahnya & mak pak sedaranya p umrah..nak pospone date lain plak x de date yang sesuai dengan nak cuti balik kg lagi next week..so redho je la tahun ni x de pape celebration..hanya celebration kami bertiga sahaja..lagipun rasa tahun2 pertama ni mama papa hadif je la yang excited birthday hadif ni..hadif macam tu jugak main & main, nyusu, tidur, nangis macam tak ada pape yang berlaku..hehe

Hari birthday hadif dimulai dengan peluk cium & kata2 sayang dari mama papanya..sampai rimas budak tu dikerjakan kitorang..hehe.. Ni pagi2 8hb la..kalau diikutkan hadif lahir pepagi buta jam 3.09am..x daya nak celebrate time2 tuu..pengsan habis kami ber3..pagi tu kami still ada dekat rumah pantai dalam..lepas tu bersiap balik rumah & dari rumah bersiap pulak nak ke one utama..

Kira hari ahad tu shopping barang hadif je la sempena birthday die..mula2 ingat nak beli baju..tapi x jumpa yang berkenan..lagipun dalam kepala aku ni ingat nak beli mainan yang boleh berdiri tolak tu untuk encourage hadif untuk berjalan..dia kan dah pandai berdiri ni..so tak lama dah nak berjalan plak..x kisah la hadif jalan cepat ke lambat..yang penting setiap bulan ada perkembangan baru..tengok dalam buku biru klinik tu pun berjalan dalam 1 tahun 6 bulan..so masih ada masa lagi =)

Hadif dapat topi baru beli dekat h&m.. Harga topi tu x de la mahal sangat.. Smart plak tu..suami la beriya nak beli..kira nak sama macam dia pakai topi jugak..tapi budak kecik ni kalau dia tak perasan boleh la nak pakaikan dia topi..kalau dia perasan memang dilemparnya..hihi

Lepas tu otw balik rumah singgah kedai kek king dekat kompleks sungai buloh..dekat situ ada satu je pilihan kek yang comel2 sikit..so no choice beli yang tu je la..balik rumah goreng2 nugget, fries & sosej buat air so cukup la simple2 menu untuk celebrate birthday Hadif..

Yang mainan tu kitorang beli jugak untuk hadif sebagai hadiah..yang slak sikit kena pasang sendiri plak..siap kena letak sticker sendiri lagi tu..hehe..pasang punya pasang letak hadif atas tu tengok2 tak sampai kaki lagi..kelakar je..x pe la kereta tu boleh main lama..hadif bila diletakkan dekat seat kereta tu & tekan button2 lagu yang ada happy je dia..happy tengok hadif senyum..ini la cerita 1st birthday hadif =)


hadif dengan kereta barunya =)

4 comments:

Anum said...

hb dik semoga menjadi anak yang soleh

cik mah said...

Amboi..besar kek die..hehe..selamat hari lahir hadif..membesar dgn sihat n soleh ye...

cik mah said...

Amboi..besar kek die..hehe..selamat hari lahir hadif..membesar dgn sihat n soleh ye...

Cik Puan Tqah said...

wah..kejap je da besar..happy birthday hadif.. semoga jadi anak soleh.. muah siked