February 18, 2015

20 tentang Hazmi Hadif: Perkembangan Hadif sebelum setahun

Assalamualaikum

Hari ni seumpama jumaat..ni kes tak sabar nak bercuti la ni..hehe..insya Allah malam malam ni nak balik kg..rindu sangat2 dekat emak ayah & adik beradik dekat kg..semoga perjalanan malam ni selamat & dipermudahkan..harap jugak kurang jem..aminn..

Hari ni nak cerita tentang perkembangan hadif sebelum menginjak usia 1 tahun ni..untuk 1st achievement adalah senyum..hadif start senyum masa umur sebulan lebih..masa ni perasan tak perasan je..mula2 hadif senyum dekat makpah die..sebab mak aku pandai agah..hihi..dah masuk 2 bulan makin terserlah senyuman die..

Then meniarap..hadif betul2 meniarap masa umur dia 5 bulan..masa 3 bulan dah nampak die punya minat nak meniarap tu..hehe..masa mula2 nampak die asyik nak cuba meniarap ni rasa nak tolong je die untuk meniarap..tapi opahnya tak bagi dia kata biar usaha sendiri..

Lepas masuk 6 bulan & 7 bulan hadif asyik gian nak meniarap & berpusing2..ni la cara die nak bergerak..walaupun tak kedepan lagi means menjulur or merangkak tapi time ni hadif dah nampak lasaknya..masa tidur malam dekat kanan katil esoknya dah dekat kiri katil dah..dari elok2 tengah ruang tamu tengok2 dah nak dekat pintu dah..ni la hasil die berpusing2 tu..

Bila masuk 8 bulan time ni die dah start menjulur ke depan..huh lap peluh lah sejak die boleh menjulur ni memang laju je die kalau nak pergi dekat sesuatu tempat tu..kalau rumah sewa ni dia suka pergi dapur..kalau ade mama ke papa die mandi ke depan bilik air la die..perkembangan menjulur ni agak lama..seminggu sebelum setahun ni baru dia start berdiri..agaknya die selesa bergerak dengan menjulur je..hehe..merangkak ade jugak tapi ikut mood dia la tu pun tak lama..

Sejak hadif semakin lasak ni nampak la die dah susut sikit..tapi Alhamdulillah la check up setahun hari tu semua naik berat & tinggi, bmi pun normal..pasal perkembangan intelektual plak masa hadif 10 bulan lebih mcm tu..hadif bila tanya kedudukan sesuatu tempat contohnya gambar mama papanya die akan tengok tempat gambar tu..tapi guna pandangan la..sama macam dekat nursery tanya mana ayam die tengok gambar ayam..hehe

Hadif kan kategori susah makan..tapi bila umur die nak masuk 11 bulan ni die dah pandai nak makan dah..pantang bila tengok fries..nangis sebab nak kan fries tu..bila bagi elok senyap duduk makan..bila fries tu habis die nangis nak lagi..alhamdulillah sebab risau hadif tak nak makan sampai ke besar..lepas ni boleh la pelbagaikan masakan untuk die..hihi


2 comments:

Anum said...

cepat membesar ek

Fahimah Mahayuddin said...

Best kan bila tengok perkembangan anak? Macam cepat je diorang besar. Huhu..