February 15, 2012

Hari nie Derma Darah...

As Salam,

Sekarang rase sengal2 badan sebab hari nie derma darah..x perasan plak kali terakhir aku derma darah setahun yang lepas dalam bulan 2, lebih spesifik 17 feb, ada update sebelum nie dekat entry nie..btol setahun kan..hihi..Program nie dianjurkan bukan dari organisasi luar tapi dekat tempat keje,, kira logik la kan dijadikan aktiviti tahunan..

Buku merah derma darah asyik tertinggal, so dapat kad saja last year.

nie catatan belakang kad, tarikh derma & amount darah yg diderma ikot berat

Disebabkan darah aku jenis 'O' rasa menjadik kewajipan plak tuk menderma..ye la sebab darah 'O' kan penderma universal.. semua jenis darah boleh terima taw x kira la darah A, B or darah AB. Nak lebih faham jom refer table nie..


Kali nie punya derma darah rasa pelik siket..sebab masa derma darah rase semut2 je dekat jari..then lepas dah derma rasa ting tong jugak..means pening, member pon kate muka pucat semacam..tapi aku malas nak manje2 sangat..nanti ada yg kena tambah masa untuk baring dekat kerusi derma darah tu..mungkin jugak sebab aku bfast pagi sangat jam 7 pg lepas tu makan bihun je..derma darah plak dalam jam 11 lebih..

Tapi dari segi tekanan darah, kandungan hemoglobin, berat badan semua ok..so x de la risau sangat..malam nie rehat..insyaAllah esok dah fit..hihi.. ok jom ramai2 derma darah..semoga darah kita dapat menyelamatkan nyawa insan yang memerlukan.. InsyaAllah~

14 comments:

Mizz ErMa said...

wah, bagusnye..sy pulak xcukup berat nak derma darah..T.T

ririn aieza said...

hye sis...nak tnyer if sape2 yang daa pernah derma darah tuh badan dorang akan naik ker if x g derma for d 2nd time and so on???

syaz@rozelt said...

@Mizz ErMa
kena makan banyak2 k baru boleh derma darah..hihi

syaz@rozelt said...

@ririn aieza
ntah la ririn..sebelum nie pernah derma lepas tu lama x derma, x de pon naek berat sgt pon..hihi

ct cucubi said...

thn depan kalau ade kesempatan kite derma lg ye

ika said...

tak pernah derma darah seumur hidup sebab tak cukup berat badan...T.T ini sangat sedih...

Hanif said...

sama ler kita..setahun sekali derma darah itu pun tempat kerja yang buat !!

Liyana Zahim said...

Xpnhla derma darah.. 'Sy takut jarum'.. Haa pnh dgr tak ni kat radio? Sy lettew.. Ekekekeke..

syaz@rozelt said...

@ct cucubi
tu la k.kerol..harap dpt derma lagik..tp klu preggy x dpt la..haha..berangan~

syaz@rozelt said...

@ika
huhu..ciannye..budak kecik mmg x boleh derma..=)

syaz@rozelt said...

@Hanif
Kalau tempat kerja x buat..gamaknya x derma drh la kte kot..hihi

syaz@rozelt said...

@Liyana Zahim
confirm la pernah dengar..hihi..tp x saket la rase sengal2 bdn je lepas derma..

Anonymous said...

salam syaz, saya zira. Maaf kerana menggangu kawan-kawan.

saya memerlukan bantuan/pertolongan kawan-kawan bagi pihak kawan baik saya. Beliau perlu mengambil darah di pusat derma darah bagi tiap-tiap bulan. beliau menghadapi penyakit kurang darah dalam badan (mudah pitam).

syarat yang diperlukan untuk mengambil darah tersebut adalah dengan membawa salinan kad/buku derma darah kawan-kawan/ahli keluarga sebagai pertukaran/ bayaran dikenakan.

Bantauan yang diperlukan adalah:
1) salinan kad/buku derma darah (salinan perlu mengandungi butiran penderma serta tarikh derma)

salinan tersebut bolehlah diemailkan kepada mszirahkl@gmail.com.

semoga dengan bantuan/pertolongan kawan-kawan, beliau dapat meneruskan kehidupan harian yang sempurna.

saya mohon juga, agar perkara ini diwar-warkan kepada kawan-kawan anda yang berhasrat untuk membantu.

Sekian, terima kasih.

edzerin said...

Salam. Awak, nak tanya, awak jenis darah O negatif ke positif?? Dari buku derma darah tu boleh tahu ke? Apa maksud darah O dan warna biru???