February 10, 2012

Penyelamatku Malam Tadi..

As Salam,

Malam semalam ada something happen kepada aku yang buatkan hari nie terasa diawang-awangan..sama ada mimpi atau fantasi, 'sleep Paralysis' atau kena tindih..huhu..kalau ikot prasyarat 'Sleep Paralysis' tu memang dah tepat dengan aku malam semalam..tapi ada something mistik happen jugak..Nak tawu apa itu
'Sleep Paralysis' rujuk SINI

Dalam keadaan terlantar kaku macam orang paralize tu..mulut memang kelu yang hanya mampu aku buat bace ayatul Qursi hanya dalam hati..tapi yang pelik..ada dua kali aku cuba habiskan bacaan tapi masih x mampu..tersekat dekat 'manzallazi yashfau'indahu.....'..memang aku x mampu habiskan bacaan sedangkan bacaan aku boleh dikatakan lancar sebabkan amalkan setiap hari sebelum tido..

Tapi semalam mata macam mengantuk semacam & baca ala kadar je..laju2 macam nak kejar hape ntah..means x cukup penghayatan untuk mintak pelindung dari Allah..sebab tu kot kena paralyze tu..Alhamdulillah bacaan ke3 yang menyelamatkan aku..kalau baca dekat entry nie ayat yang hujung sekali tu yang sebenar2 penyelamat kan? so masa aku berjaya sampai ke hujung bacaan macam aku ulang2 bacaan & jerit sekuat2 nya dalam hati seolah2 amat terseksa untuk dilepaskan..akhirnya aku kembali ke alam realiti...

Aku sebenarnya tak berapa nak percaya dari sudut mistik sebab aku selalu jugak mimpi menakotkan sampai memaksa aku bace ayat kursi dalam mimpi...so yang kali nie nak kate mimpi pon boleh jugak tapi yang pasti keadaan aku separa sedar antara tidur & jaga~..erm mungkin aku kena anggap sebagai 'sleep Paralysis' je sebab mase terjadi keadaan tu (sleep paralysis) memang akan berhalusinasi jugak..waAllahualam~
 

  “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap hidup, yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya), yang tidak mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)”.
 
 p/s: tapi kalau sebenarnya ayatul Qursi nie menyelamatkan aku, Alhamdulillah..Allahuakbar!

13 comments:

Fathiah Hamim said...

fa pernah kena sekali.
tak tau lah paralyse or tindih.
tapi hilang lepas lepas baca ayat kursi jugak.
wallahualam.

ct cucubi said...

dulu ms sekolah hostel.. pernah lah merasa beberapa kali mcm tu... dlm separa sedar mcm kene tindih dan lidah kelu.. hhuhuuh alhamdulillah skrg xde lagi..

chemay said...

selalu jugak kena macam tuh.
tapi alhamdulillah bila baca ayat kursi.
dia jadi okay.
:)

anisalya said...

pernah kena. nampak alam sekeliling tp tak blh nak gerakkan badan. tapi kadang2 saya perhatikan keadaan saya ms tu dgn keadaan sebenar mesti ada beza sikit. mmg ayat2 Allah la penyelamat kan?

Bui Junaidi said...

PERNAH ALAMI KEADAAN MCM NI..SEKSA,MMG SEKSA..HUHU

BUI MMG AMALKAN BACA AYAT KURSI 3X SEBELUM TIDUR..

Nyue said...

Nyue mintk jauh la pkara2 cm 2...
Nyue nmpk je cm berani..penakut nie

syaz@rozelt said...

@Fathiah Hamim
menda2 mistik mcm nie mmg susah kita nak percaya kn fa..huhu

syaz@rozelt said...

@ct cucubi
tu la kan k.kerol..sy dah x nak skip doa n bce ayat kursi lg sblm tdo..scary la pengalaman mcm nie~

syaz@rozelt said...

@chemay
oh kita serupa la..ayat kursi penyelamat..Alhamdulillah~

syaz@rozelt said...

@anisalya
haah..btol2~

syaz@rozelt said...

@Bui Junaidi
wah smpai 3x..bagusnya..

syaz@rozelt said...

@Nyue
tu la nyue..tp kalau buat berani sgt pon bahaya jugak..sng nak kena aim tuk kena kacau..huhu

ika said...

haah...ayat kursi baik utk perlindung diri...kkdg ika pun kena macam tu jugak...huh~