October 21, 2011

Doa Ringkas Selepas Solat

As Salam & Salam Penghulu Hari,

Doa Ringkas Selepas Solat

 



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.


p/s: mari kite menghayati setiap bait2 doa yang kita bace selepas solat..semoga doa kita diperkenankan..amin..pernah dengar..orang yang hanya melakukan solat tapi x berdoa seolah2 sombong dengan Allah..Nauzubillah..

5 comments:

SoLy SoLicious said...

semoga menjadik amaln bersama :)

Unknown said...

mari la kita amal kn :)

Anum said...

insyaallah

Unknown said...

terima kasih, insyaallah

salam kenalan
http://laman-ayahsu.blogspot.com/

Jahirah said...

beramal bersama...insyaallah..:)