June 29, 2012

Novel Cerita Tentang 'Hasad Dengki'

As Salam readers,

Sekejap je lagi nak masuk hari baru..Dalam Islam bila masuk maghrib tu dah kira hari baru kan?erm aku baru habiskan baca novel 'Roti Canai Salad Taco'..novel yang sangat2 best..sebab sarat dengan ilmu & sememangnya bukan novel chenta..bayangkanlah novel hampir seribu mukasurat, 3/4 dari novel nie baru hero jumpa dengan heroin..tapi sementara nak sampai part nie..part yang sebelum2 tu tak membosankan langsung..

Petang nie bukan nak cerita pesal novel nie..tp isi kandungan yang ada diselitkan ilmu2 agama..salah satu part yang aku suka part penulis cerita tentang hasad dengki..antara petikan dalam novel tu..

"Ibn Masud meriwayatkan. Rasulullah ada bersabda bermaksud:

"Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. 
1. Keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakan kepada perkara kebajikan.
2. Keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya. (riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmiza Mustika Hadis 106)

so kita fikirkan lah sendiri bertapa dalam kehidupan kita kadangkala ada perasaan hasad dengki yang x berasas..ada sebab Allah bagi perasaan tu..tapi sebenarnya perasaan tu untuk mendorong kita berusaha ke arah yang lebih baik.

lagi Imam Al-Ghazali pernah berkata tentang hasad dengki:

Hasad atau dengki adalah satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang.

Hasad dengki nie terjadi kepada:
"orang yang berjiwa rendah suka berangan-angan kosong tanpa usaha untuk mendapat apa yang orang lain ada. Apabila dia tidak mendapatinya kerana tidak pernah berusaha, maka die mengumpul segala hasad dengki dalam hatinya"

Banyak lagi ilmu yang aku dapat dari membaca novel nie..Sebelum pulangkan kepada tuan punya novel insyaAllah akan berkongsi lagi.. Jom kita berusaha hilangkan sifat2 mazmumah(sifat2 yang membuatkan hati tidak bahagia) dalam diri kita..

Baik makan pizza daripada ada "Perasaan Hasad Dengki"..hehe



8 comments:

Anonymous said...

hasad dengki mainan syaitan...

Nyue said...

jauhi la org yg bersifat sedemikian...

SITI ARFAH said...

em sedap pizza. hehe. hasad dengki ni sbnrnya mslh hti. slalu2 la kta cek hati msing2 .. trutamanya org melayu cm kta ni, mmg hti tu pnuh je dgn hasad dengki. x blh tgk org lbih cket dpd kta. btol kn? :) . cbe kalo kta jdikn apa yg org lbih dpd kta tu satu cabaran, bkn hasad dengki . moga diri ini dan kamu trus bermuhasabh diri .:)

Tinta Lana said...

Assalammualaikum syaz ^_^

ehehhh,bila syaz nak share lgi website best2 ni >_< hehehe

urm..hasad dengki boleh jadi baik dan buruk kan. Jadikanlah diri sbg org yg dengki pada mereka yang lebih berilmu, dan dgn dengki tu tadi, kita usaha atas kekuatan sendiri, utk majukan diri :)

Unknown said...

@Anonymous
setuju!

Unknown said...

@Nyue
huhu..tp malangnya mcm rmai je orang kita sekarang yg bperangai mcm tu..

Unknown said...

@Siti Arfah
Hai Arfah..lamenya x balas2 komen macam dulu..erm memang kena fikir positif dari buat yang bukan2 kalau ada perangai pelik macam tu..

Unknown said...

@Tinta Lana
waalaikumussalam Lana =)

Setuju..kalau kita ada perasaan cemburu dengan ilmu yang seseorang ada..InsyaAllah akan m'gerakkan hati kita untuk ikut jejak langkah orang yg berilmu tu..